Syed Ibrahim yakin mampu pertahan Parlimen Ledang


CALON
Pakatan Harapan (HARAPAN) mewakili  Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yakin beliau mampu mempertahankan kerusi itu pada PRU15 walaupun berdepan calon Barisan Nasional (BN) yang pernah memenangi kawasan berkenaan selama tiga penggal sebelum ini.

Dipetik laporan media, Syed Ibrahim menyuarakan keyakinan itu berdasarkan komposisi pengundi di kawasan parlimen itu yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum.

"Saya nampak sokongan diberikan nanti bukan hanya Melayu, ada dari Cina dan India, di situ ada kelebihan sokongan bukan Melayu kepada kami (HARAPAN), saya rasa itu menjadikan kelebihan untuk saya.

“Sambutan pengundi sangat baik, ramai bukan Melayu 100% sokong,” katanya dipetik.

Sungguhpun begitu, Syed Ibrahim tidak mahu mengambil mudah saingan kali ini.

Mengakui calon lain masih ada peluang untuk memenangi kerusi kawasan tersebut, beliau mahu pengundi membuat keputusan tepat berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkannya sebelum ini.

“Calon BN Hamim, dia ada dia punya pengalaman, tapi dari segi khidmat kepada rakyat saya rasa kurang,

“Saya percaya rakyat di bawah tahu tentang Hamim atau tentang saya berdasarkan rekod prestasi yang saya telah lakukan khidmat di sini, saya rasa ada kelebihan dan nampak ada sokongan kepada saya,” katanya.

 Syed Ibrahim yakin pertahan Parlimen Ledang
Parlimen Ledang menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan HARAPAN yang diwakili Syed Ibrahim, Hamim dari BN, Zaidi Ab Majid daripadaPerikatan Nasional (PN), Rafidah Ridwan daripada Pejuang dan Yunus Mustakim serta Zainal Bahrom A Kadir masing-masing Bebas.

Pada PRU lalu Syed Ibrahim menewaskan calon BN dan PAS dengan kelebihan 8,667 undi.

Post a Comment

0 Comments