WALAUPUN Pakatan Harapan (HARAPAN) hanya menjadi kerajaan Persekutuan untuk tempoh 22 bulan sebelum dijatuhkan melalui komplot "langkah Sheraton, namun gabungan itu terbukti lebih efisien menyelesaikan masalah rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Mengambil contoh langkah kerajaan HARAPAN menyelesaikan isu kesesakan Jalan Perindustrian Rawang yang dihadapi selama lebih 30 tahun oleh pengguna laluan itu, ia telah diatasi dengan pengumumn peruntukan oleh kerajaan HARAPAN dalam tempoh singkat pentadbirannya.
"Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), kerajaan HARAPAN memperuntukkan bajet sebanyak RM227 juta untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di Rawang.
"Ini satu contoh membuktikan HARAPAN lebih efisien dalam menyelesaikan isu rakyat, kita tidak perlu 60 tahun seperti Barisan Nasional (BN).
"Bayangkan kalau kita boleh selesaikan isu 30 tahun dalam masa 22 bulan, apa yang kita oleh mampu lakukan sekiranya diberi mandat sepenggal," kata Dr Sathia Prakash Nadarajan yang merupakan calon HARAPAN untuk Parlimen Hulu Selangor.
Mengulas ringkas rancangannya untuk Parlimen Hulu Selangor, Sathia berkata, antara isu yang mahu diambil perhatian segera adalah masalah utama jalan raya di Serendah yang memerlukan penyelesaiaan mendesak.
"Mungkin warga Hulu Selangor fikir, kenapa isu ini dibangkitkan oleh HARAPAN, sedangkan kerajaan negeri di bawah HARAPAN dan penyandang kerusi juga adalah dari HARAPAN.
"Kita perlu fahami, kebanyakan jalan raya utama di Hulu Selangor adalah di bawah kuasa kerajaan Pusat.
"Jadi, hanya orang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai isu jalan raya ini mengecam kerajaan negeri," kata pengasas rangkaian Kumpulan Klinik SP Care itu.
Sathia sementara itu menjelaskan, isu keselamatan pengguna jalan raya sekitar Serendah menarik perhatiannya setelah anak saudaranya sendiri kehilangan kaki kerana kemalangan di kawasan itu baru-baru ini.
Mengambil contoh langkah kerajaan HARAPAN menyelesaikan isu kesesakan Jalan Perindustrian Rawang yang dihadapi selama lebih 30 tahun oleh pengguna laluan itu, ia telah diatasi dengan pengumumn peruntukan oleh kerajaan HARAPAN dalam tempoh singkat pentadbirannya.
"Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), kerajaan HARAPAN memperuntukkan bajet sebanyak RM227 juta untuk menangani isu kesesakan lalu lintas di Rawang.
"Ini satu contoh membuktikan HARAPAN lebih efisien dalam menyelesaikan isu rakyat, kita tidak perlu 60 tahun seperti Barisan Nasional (BN).
"Bayangkan kalau kita boleh selesaikan isu 30 tahun dalam masa 22 bulan, apa yang kita oleh mampu lakukan sekiranya diberi mandat sepenggal," kata Dr Sathia Prakash Nadarajan yang merupakan calon HARAPAN untuk Parlimen Hulu Selangor.
Mengulas ringkas rancangannya untuk Parlimen Hulu Selangor, Sathia berkata, antara isu yang mahu diambil perhatian segera adalah masalah utama jalan raya di Serendah yang memerlukan penyelesaiaan mendesak.
"Mungkin warga Hulu Selangor fikir, kenapa isu ini dibangkitkan oleh HARAPAN, sedangkan kerajaan negeri di bawah HARAPAN dan penyandang kerusi juga adalah dari HARAPAN.
"Kita perlu fahami, kebanyakan jalan raya utama di Hulu Selangor adalah di bawah kuasa kerajaan Pusat.
Isu infrastruktur dan keselamatan jadi tumpuan |

0 Comments