DUA Ahli Parlimen hari ini membuat laporan polis berhubung penutupan Parlimen yang tindakan menghalang Ahli Dewan Rakuay memasuki perkarangan bangunan itu pagi tadi.
Laporan polis itu difailkan Akmal Nasir (HARAPAN - Johor Baharu) dan P Prabakaran (HARAPAN - Batu) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Tindakan itu menurut mereka telah mengingkari titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang sebelum ini bertitah supaya parlimen bersidang bagi membahaskan isu berkaitan kepentingan rakyat.
"Dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, ahli parlimen yang diberi mandat dan amanah oleh rakyat mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menghadirkan diri ke parlimen bagi menjalankan tugas mereka.
"Seperti juga yang dititahkan berkali-kali oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, parlimen perlu bersidang bagi membolehkan semua ahli parlimen dan wakil kerajaan menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," menurut laporan itu.
![]() |
Dua Ahli Parlimen buat laporan polis |
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak polis pula dilapor membuat benteng manusia dan menutup semua laluan masuk ke bangunan itu.
Mahiaddin mendapat tekanan kuat dari banyak pihak terutama Ahli Parlimen yang mahu Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Kemuncak desakan itu setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddih Hassan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat secara tergesa-gesa sehingga membangkitkan kedukacitaan kepada Agong.
Sementara itu kedua-dua Ahli Parlimen itu dalam laporan polis berkata, mereka percaya pihak yang mengarahkan sekatan itu melanggar beberapa peruntukan undang-undang, iaitu:
Seksyen 124 Kanun Keseksaan - menyerang, mengalang atau menakutkan dengan kekerasan terhadap ahli parlimen daripada menjalankan kuasa kuasa ahli parlimen yang sah di sisi undang undang.
- Seksyen 124B Kanun Keseksaan - melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
- Seksyen 124C Kanun Keseksaan - berniat untuk menjalankan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
- Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa) 1952 - menyekat dan menghalang ahli parlimen daripada menghadiri parlimen.
0 Comments