Pentadbiran Mahiaddin abai demokrasi, kata Rafidah


KERAJAAN
Perikatan Nasional (PN) didakwa terus cuba menegakkan benang yang basah dengan terus terlibat dalam percaturan merebut kuasa sehingga mengabaikan proses demokrasi dan status raja berperlembagaan.


Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz dipetik satu laporan media ketika mengulas keadaan semasa politik dalam negera berkata, terdapat perancangan politik yang dilakukan untuk kepentingan sendiri tanpa mengira tanggungjawab dan integriti.

Tidakan itu menurutnya telah menyebabkan ketegangan politik makin meningkat sehingga mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Jelas bahawa PM dan kerajaannya, cuba menegakkan benang yang basah, dengan bermacam kekotoran dan infestasi,” katanya menurut laporan itu yang memetik kenyataan ahli politik veteran itu.
 
Rafidah sebelumnya merujuk kepada pemimpin-pemimpin Umno yang telah diberikan jawatan Kabinet atau GLC, yang didakwa sebagai sebahagian daripada strategi Muhyiddin, atau “Skim”, untuk membeli sendiri menyokong seperti dibincangkan dalam rakaman audio yang bocor mengenai apa yang dipercayai sebagai pertemuan Bersatu yang menjadi viral tahun lalu

“Jelas bahawa segala yang telah berlaku, dan berlalu, dalam ‘scheme of Thing (s)’,adalah dengan niat dan matlamat tertentu, serta membuat perancangan yang berniat semata-mata untuk tujuan dan kehendak seseorang dan kumpulannya,” ujarnya.

Sementara itu, Rafidah mendesak ahli politik di negara ini memperbetulkan pentadbiran negara dan tidak mengikut kehendak mana-mana individu atau kumpulan.

 M'sia perlu k'jaan yang boleh betulkan hala tuju
Mereka sebaliknya perlu bergerak selaras dengan tuntutan semasa agar Malaysia tidak tenggelam dalam saingan sengit dalam pasaran.

“Jelas rakyat memerlukan kerajaan yang mampu memperbetulkan kompas negara yang telah dipesongkan serta dirosakkan arah dan haluannya.” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments