KETUA PEMBANGKANG di Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.
Dalam ucapan pada perhimpunan Ahli-Ahli Parlimen di Dataran Merdeka susulan tindakan pentadbiran Mahiaddin menangguhkan sesi Dewan Rakyat yang sepatutnya di adakan hari ini, Anwar mendakwa Perikatan nasional (PN) yang mengambil alih pentadbiran negara melalui 'langkah Sheraton' telah tumbang.
Ia apabila Ahli Parlimen menarik sokongan mereka terhadap pentadbiran Muhyiddin.
"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan bahawa, secara jumlah ahli parlimen, kerajaan Mahiaddin telah jatuh tumbang hari ini. Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.
"Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan," katanya.
Dia berkata demikian di hadapan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang ketika mereka berhimpun di Dataran Merdeka sebelum berarak ke parlimen pagi tadi.
Untuk rekod, Mahiaddin sehingga kini gagal membuktikan keasbahan sokongan diperolehinya dalam Dewan Rakyat.
Desakan supaya Presiden Bersatu itu berundur dari jawatannya dimulakan rakyat susulan kegagalannya mengurus negara yang berdepan pendemik Covid-19 yang semakin buruk, beberapa memorandum dalam talian telah diwujudkan sebelum ini.
Dalam isu pembatalan Ordinan Darurat yang menyaksikan Istana Negara mengeluar kenyataan yang menzahirkan rasa 'dukacita' Yang Di-Pertuan Agong atas tindakan kerajaan PN mengumumkan secara terburu-buru pembatalan itu, Mahiaddin dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan menerima tekanan lebih kuat supaya berundur setelah dianggap menderhaka.
![]() |
Anwar dakwa k'jaan PN telah tumbang |
Anwar, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa Muhyiddin menggunakan isu Covid-19 sebagai alasan untuk menghalang parlimen bersidang.
0 Comments