PERGOLAKAN politik Malaysia semakin panas setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menagguhkan sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung pagi ini.
Ahli Parlimen pembangkang dari pelbagai parti pagi ini berkumpul di Dataran Merdeka sebelum memulakan perarakan ke bangunan Parlimen dalam protes meminta peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan anggota Jemaah Menterinya.
Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya.
Teriakan “Reformasi”, “Hidup Rakyat” dan “Daulat Tuanku”bergema dalam perarakan yang turut disertai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah Mat Sabu, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Shafie Apdal itu.
AHli Parlimen Selangau, Baru Bian dalam catatan di laman Facebooknya memaklumkan himpunan itu disertai kira-kira 107 Ahli Parlimen yang mahu kerajaan PN berundur.
Kerajaan memberi alasan penangguhan dewan adalah akibat kes Covid-19.
Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup semua jalan masuk ke Parlimen membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen.
Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.
![]() |
FRU buat benteng manusia di depan Parlimen |
Demi keselamatan Ahli Parlimen Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
0 Comments