Senator saran cari muafakat pilih pengganti Mahiaddin


SENATOR Husam Musa mencadangkan semua Ahli Dewan Rakyat segera mencari muafakat untuk memilih pengganti kepada Mahiaddin Md Yasin.

Ahli Dewan rakyat itu melalui satu kenyataan membuat cadangan itu demi kepentingan seluruh rakyat di negara ini yang berdepan suasana kritikal pendemik, ekonomi dan politik.

Kata ahli politik yang disegani itu, Ahli Parlimen hendaklah mencari muafakat untuk memilih salah seorang dari anggotanya yang dikira paling munasabah untuk memimpin negara melepasi semua krisis yang dihadapi oleh Malaysia bagi menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

Kabinet baru itu yang akan dibentuk itu kelak menurutnya hendaklah tidak sama sekali menyenaraikan mana-mana anggota kabinet yang telah terbabit atas kekhilafan dan kedegilan mereka meneruskan kekhilafan.

Sementara itu Husam menolak sebarang langkah pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada sebarang masa sehingga ancaman pandemik Covid 19 ini dapat ditangani sepenuhnya dan tidak lagi mendatangkan mudarat kepada rakyat negara ini.

Sebagai rekod, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri dilihat sebagai pemimpin yang layak dipertimbangkan untuk menggantikan Mahiaddin.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming baru-baru ini berkata, berdasarkan gabungan parti, HARAPAN kini adalah blok terbesar di dalam Dewan dengan jumlah 89 ahli Parlimen berbanding gabungan lain.

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim pula dalam satu kenyataan awal Jun lalu berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri era 90-an itu diberi peluang membentuk kerajaan baharu atau dilantik sebagai perdana menteri sementara.

"Jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan Malaysia memerlukan pemimpin baharu untuk mengurus pandemik Covid-19 dan ekonomi, adalah lebih baik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu atau melantik perdana menteri sementara," katanya dipetik.

BACA: Anwar wajar diberi peluang bentuk kerajaan baharu

BACA: Musa Hitam tak ragu Anwar layak jadi PM

 
Malah seorang lagi bekas menteri, Tun Musa Hitam dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia pada Mac lalu tanpa keraguaan berkata, Anwar memiliki kewibawaan untuk dilantik ke jawatan itu.

“Saya boleh cakap tanpa keraguan, dia layak sebagai Perdana Menteri.

“Dia ada karisma dan bagi saya, dia patutnya dah jadi Perdana Menteri,” katanya dipetik.

Perlu sepakat namakan PM baharu ganti Mahiaddin
Sementara itu Husam berkata kegagalan Mahiadin Yasin membuktikan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat melalui proses (persidangan Dewan Rakyat) sebagai mana selayaknya sejak beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri – diikuti siri-siri membelakangi peranan dan kehormatan Parlimen yang lain yang membawa kepada teguran Yang di-Pertuan Agong yang lain sebelum ini yang sudah termaklum kepada seluruh rakyat.

“YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinetnya wajib meletakkan jawatan serta merta demi memelihara kehormatan Institusi Yang di-Pertuan Agong serta akur dengan kekhilafan yang telah dilakukan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments