DATUK Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan supaya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang membentuk kerajaan baharu atau dilantik sebagai perdana menteri sementara.
Dipetik laporan FMT, bekas menteri undang-undang itu berkata begitu sebagai mengulas desas-desus pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bagi mengakhiri ketidakstabilan politik dalam usaha memerangai pendemik Covid-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi negara.
Tambah Zahid jawatankuasa lebih kecil seperti MAGERAN tidak dapat menjamin keberkesanannya dan unsur politik dapat disingkirkan.
"Jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan Malaysia memerlukan pemimpin baharu untuk mengurus pandemik Covid-19 dan ekonomi, adalah lebih baik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu atau melantik perdana menteri sementara," katanya dipetik.
Semalam, Anwar dan beberapa pemimpin parti politik mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana negara.
Anwar yang ditemui media selepas pertemuan itu berkata bahawa beliau telah mengemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada baginda. Walau bagaimana pun jelasnya tiada perbincangan menukar kerajaan diutarakan dalam pertemuan itu.
Sementara itu tambah Zaid, jika Muhyiddin Yassin akan digantikan sebagai perdana menteri ia adalah terpulang kepada Istana Negara untuk menentukannya.
Namun tambahnya, Muhyiddin mungkin tidak “dapat tidur” jika Agong mahu Parlimen bersidang semula walaupun beliau kekal sebagai perdana menteri.
“Beliau tidak akan dapat tidur jika sokongannya di Parlimen tidak mempunyai majoriti. Tahap sokongan anda boleh disembunyikan di sebalik sidang media, tetapi bukan semasa anda berdiri di Parlimen untuk dilihat dunia.”tambahnya.
Sebagai rekod, selebriti kontroversi yang juga merupakan adik kepada seorang menteri kabinet baru-baru ini turut menlontar pandangan bahawa Malaysia berada dalam keadaan kritikal dan perlu dipimpin seseorang yang mampu membawa negara keluar dari kemelut dihadapinya sekarang.
Azwan Ali ketika bersiaran secara langsung dengan Afdlin Shauki malam tadi berkata, Anwar adalah individu paling layak diberi tanggungjawab memimpin negara ketika ini.
Dipetik laporan FMT, bekas menteri undang-undang itu berkata begitu sebagai mengulas desas-desus pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bagi mengakhiri ketidakstabilan politik dalam usaha memerangai pendemik Covid-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi negara.
Tambah Zahid jawatankuasa lebih kecil seperti MAGERAN tidak dapat menjamin keberkesanannya dan unsur politik dapat disingkirkan.
"Jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan Malaysia memerlukan pemimpin baharu untuk mengurus pandemik Covid-19 dan ekonomi, adalah lebih baik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu atau melantik perdana menteri sementara," katanya dipetik.
Semalam, Anwar dan beberapa pemimpin parti politik mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana negara.
Anwar yang ditemui media selepas pertemuan itu berkata bahawa beliau telah mengemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada baginda. Walau bagaimana pun jelasnya tiada perbincangan menukar kerajaan diutarakan dalam pertemuan itu.
Sementara itu tambah Zaid, jika Muhyiddin Yassin akan digantikan sebagai perdana menteri ia adalah terpulang kepada Istana Negara untuk menentukannya.
Namun tambahnya, Muhyiddin mungkin tidak “dapat tidur” jika Agong mahu Parlimen bersidang semula walaupun beliau kekal sebagai perdana menteri.
“Beliau tidak akan dapat tidur jika sokongannya di Parlimen tidak mempunyai majoriti. Tahap sokongan anda boleh disembunyikan di sebalik sidang media, tetapi bukan semasa anda berdiri di Parlimen untuk dilihat dunia.”tambahnya.
Anwar paling sesuai pimpin negara |

0 Comments