KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yassin kini gagal dan telah menipu rakyat.
Pandangan itu diutarakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Chua Wei Kiat dalam satu kenyataan susulan perkembangan terkini yang menyaksikan berlakukan krisis antara kerajaan dengan Istana susulan tindakan seorang menteri yang secara terburu-buru mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat.
“Kami mengambil maklum berkenaan perkembangan politik terkini terutama Mesyuarat Khas Parlimen Malaysia yang bermula pada 26 Julai.
"Pada 27 Julai, negara dikejutkan dengan kenyataan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkenaan Ordinan Darurat telah terbatal pada 21 Julai 2021.
"Susulan itu, pada 29 Julai, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan dukacita terhadap Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun atas tindakan kerajaan Malaysia membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenaan Seri Paduka Baginda," katanya dalam kenyataan tersebut.
ADUN Rawang itu menyifatkan apa yang berlaku telah membuktikan Mahiaddin dan dan kerajaan PN dikepalainya tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan Ordinan Darurat.
Sebagai rekod, Al-Sultan Abdullah dukacita setelah Takiyuddin yang merupakan Setiusaha Agung PAS mendedahkan dalam Dewan bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.
Agong berpandangan kenyataan Takiyuddin itu bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.
Ia bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
![]() |
Kestabilan negara dan ekonomi boleh runtuh |
"Jika perkara ini berterusan, kestabilan politik akan runtuh, sektor ekonomi akan hancur dan Pelan Pemulihan Negara juga pasti tidak akan berjaya," tambahnya.
0 Comments