PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya telah menjadi Perdana Menteri, kata Tun Musa Hitam.
Pandangan itu disuarakan bekas Timbalan Perdana Menteri di era tahun 80-an itu dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia semalam.
Menurut Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) itu lagi, beliau tanpa keraguan menyifatkan Anwar memiliki kewibawaan untuk dilantik ke jawatan itu.
“Saya boleh cakap tanpa keraguan, dia layak sebagai Perdana Menteri.
“Dia ada karisma dan bagi saya, dia patutnya dah jadi Perdana Menteri,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, “orang” yang berjanji kepada Anwar untuk jawatan itu tidak mengotakan janji tersebut.
“… ada seorang yang berjanji pada dia (Anwar), beberapa kali, kawan itu (Anwar) tunggu punya tunggu, akhirnya tetap tak jadi.
“Dulu kalau orang yang berjanji itu kasi pada dia, saya kata boleh, good idea. Tapi malangnya, orang yang berjanji itu tak kasi,” katanya.
Walaupun tidak menamakan individu dirujuk sebagai 'orang itu' ia dipercayai merujuk kepada bekas Pengerusi parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini menegaskan ada perjanjian bertulis yang menyatakan bahawa Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Perjanjian itu dinyatakan secara umum dengan jelas sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah dalam beberapa forum antarabangsa sebelum ini, Mahathir berulang kali berkata akan melunaskan janjinya.
Namum pada Febuari lalu, Mahathir secara mengejut melepaskan jawatan sebagai perdana menteri tanpa mengotakan apa yang dijanjikannya itu.
![]() |
Anwar ada karisma jadi Perdana Menteri, kata Musa Hitam |
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) itu meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986.
0 Comments