KETUA Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin mahu Perikatan Nasional fokus kepada isu besar yang melanda negara berbanding 'mengganggu' wakil rakyat pembangkang.
Dalam satu kenyataan Razeef berkata, ketika Ahli Parlimen pembangkang cuba mengelak dari terus berpolitik, PN masih berusaha mengukuhkan kedudukan mereka yang semakin lemah.
"Kegilaan untuk merampas beberapa negeri ketika petugas barisan hadapan bertarung nyawa mengekang wabak Covid-19 mengakibatkan negara hampir lumpuh dengan ribuan kes sehari.
"Pihak pembangkang cuba untuk tidak berpolitik dan ingin bersama kerajaan dalam usaha melawan wabak Covid-19 namun sehingga ke hari ini, PN masih berusaha untuk menarik wakil rakyat pembangkang dengan menawarkan pelbagai laba politik demi mengekalkan kuasa politik," katanya.
Beliau sebelumnya mengimbas usaha PN merampas beberapa negeri termasuk Sabah yang dianggap sesetengah pihak sebagai pencetus gelombang ketiga pendemik Covid-19 di negara ini selain 'Langkah Sheraton' pada tahun lalu yang menurutnya telah membuka ruang kepada penularan wabak Covid-19.
Sementara itu Razeef turut berkata, kerajaan yang ada pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak ada sokongan majoriti Ahli Parlimen.
"Namun mereka perlu menggalas tanggungjawab apatah lagi selepas melakukan pengkhianatan dengan alasan ingin menyelamatkan negara.
"Kerajaan sepatutnya fokus menangani penularan Covid-19 serta berusaha membangunkan ekonomi," katanya.
Mengulas desas desus baru-baru ini bahawa ada Ahli Parlimen pembangkang 'diugut' untuk meninggalkan HARAPAN, Razeef mengingatkan bahawa mereka tidak wajar mengkhianati mandat yang telah diberikan rakyat.
Tegasnya habuan politik seperti wang ringgit, projek serta jawatan tidak mampu membersihkan maruah dan keluarga yang tercalar akibat pengkhianatan.
"Saya yakin rakyat akan humban pengkhianat pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana rakyat sudah tahu kuasa sebenar mereka selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu," katanya dipetik.

![]() |
PN digesa berhenti main politik |

0 Comments