KKM akan bincang isu penyelewengan dana COVID-19


KEMENTERIAN KESIHATAN (KKM) dilapor bakal membicangkan beberapa isu penting, termasuk berkaitan dana pengurusan COVID-19 dalam masa terdekat, kata menterinya.

Dr Zaliha Mustafa dipetik laporan media berkata buat masa ini, pihaknya belum menerima sebarang kemas kini berkaitan jumlah penyelewengan seperti didakwa, namun akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat.

"Untuk jumlah RM600 bilion ini, kita masih tunggu daripada pihak KKM untuk berikan kemas kini. Daripada situ baru kita tahu berapa jumlah yang sebenar (penyelewengan).

"Saya minta maaf tidak dapat menjawab kerana belum mendapat taklimat penuh berkaitan hal ini. Tetapi dalam sehari dua lagi kita akan bermesyuarat untuk taklimat berkaitan beberapa isu di KKM.

"Saya perlu memahami terlebih dahulu isu yang diperkatakan sebelum melakukan sebarang siasatan berkaitan hal berkenaan," katanya kepada pemberita.

Zaliha sebelumnya melancarkan Pusat Jantung di Hospital Serdang semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku pelanggaran serius berhubung prosedur perbelanjaan hampir RM600 bilion dana kerajaan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah Mahiaddin Md Yassin.

Selain proses dan prosedur yang tidak dipatuhi, Anwar turut mendakwa beberapa syarikat berkepentingan atau berkait dengan keluarga yang terlibat dalam isu tersebut.

Rakyat mahu tahu apakah dana diselewengkan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipetik laporan media mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.


Namun, Suruhanjaya itu berkata, fokus siasatan kini terarah pada RM92.5 bilion, membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara hampir RM600 bilion itu.

Post a Comment

0 Comments