SIASATAN dijalankan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap aplikasi MySejahtera jelas membuktikan kerajaan tidak mempedulikan aspek ketelusan dan memiliknegarakan aplikasi itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mendakwa kerajaan turut membenarkan individu yang dekat dengan pundak kuasa untuk mengaut laba dan keuntungan melalui aplikasi berkenaan
“Kebimbangan yang saya dan rakan-rakan utarakan sebelum ini di Parlimen berhubung jaminan oleh menteri kesihatan tentang pengurusan data aplikasi MySejahtera kini diperkukuh tatkala pengerusi PAC juga mengakui terdapat kekeliruan tentang bagaimana data dikumpul sejak dua tahun lalu.
“Yang lebih merungsingkan adalah data-data peribadi tersebut kini terdedah kepada entiti asing.
“Rakyat seolah-olah dikelirukan dengan jaminan menteri berkaitan ‘server’ di mana data MySejahtera disimpan,” kata Anwar yang juga Presiden KEADILAN.
Minggu lalu Pengerusi PAC Wong Kah Woh memberitahu The Edge bahawa Putrajaya seakan “keliru” tentang siapa yang melantik KPISoft Sdn Bhd sebagai vendor untuk aplikasi itu.
Beliau menambah bahawa tidak ada kontrak rasmi antara kerajaan dan KPISoft “sejak Hari Pertama” – kecuali perjanjian tanpa pendedahan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan firma berkenaan pengumpulan data.
Wong mengulas selepas prosiding PAC mengenai pembangunan dan perolehan MySejahtera pada 21 April, yang menyatakan Putrajaya sepatutnya memuktamadkan terma kontraknya dari awal, dan bukannya merundingkan harga dengan vendor sekarang.
Sambil menyatakan bahawa proses perolehan tidak dikendalikan dengan baik, Wong berkata dalam keadaan biasa, kerajaan akan mengadakan rundingan terus dengan vendor, tender terbuka atau proses tender terhad.
Selain memanggil Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, prosiding itu turut menemu bual wakil MKN, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Agensi Keselamatan Siber Negara.
Anwar turut meminta PAC untuk terus menjalankan siasatan terperinci terhadap perkara berkenaan termasuk memanggil entiti-entiti swasta yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan data serta pakar-pakar teknikal untuk menjejaki di manakah sebenarnya lokasi server yang menyimpan data-data peribadi rakyat Malaysia.
“Pengumpulan data oleh mana-mana organisasi atau kerajaan tanpa objektif yang jelas hanya mendedahkan data-data tersebut untuk disalah guna, dan ini membuktikan sikap sambil lewa di pihak pengumpul data.
“Kementerian Kesihatan juga mesti membenarkan audit dan data forensik dijalankan,” katanya dipetik.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mendakwa kerajaan turut membenarkan individu yang dekat dengan pundak kuasa untuk mengaut laba dan keuntungan melalui aplikasi berkenaan
“Kebimbangan yang saya dan rakan-rakan utarakan sebelum ini di Parlimen berhubung jaminan oleh menteri kesihatan tentang pengurusan data aplikasi MySejahtera kini diperkukuh tatkala pengerusi PAC juga mengakui terdapat kekeliruan tentang bagaimana data dikumpul sejak dua tahun lalu.
“Yang lebih merungsingkan adalah data-data peribadi tersebut kini terdedah kepada entiti asing.
“Rakyat seolah-olah dikelirukan dengan jaminan menteri berkaitan ‘server’ di mana data MySejahtera disimpan,” kata Anwar yang juga Presiden KEADILAN.
Minggu lalu Pengerusi PAC Wong Kah Woh memberitahu The Edge bahawa Putrajaya seakan “keliru” tentang siapa yang melantik KPISoft Sdn Bhd sebagai vendor untuk aplikasi itu.
Beliau menambah bahawa tidak ada kontrak rasmi antara kerajaan dan KPISoft “sejak Hari Pertama” – kecuali perjanjian tanpa pendedahan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan firma berkenaan pengumpulan data.
Wong mengulas selepas prosiding PAC mengenai pembangunan dan perolehan MySejahtera pada 21 April, yang menyatakan Putrajaya sepatutnya memuktamadkan terma kontraknya dari awal, dan bukannya merundingkan harga dengan vendor sekarang.
Sambil menyatakan bahawa proses perolehan tidak dikendalikan dengan baik, Wong berkata dalam keadaan biasa, kerajaan akan mengadakan rundingan terus dengan vendor, tender terbuka atau proses tender terhad.
Selain memanggil Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, prosiding itu turut menemu bual wakil MKN, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Agensi Keselamatan Siber Negara.
![]() |
Siasatan terperinci perlu dilakukan |

0 Comments