PRK Slim, Anwar bidas kenyataan Marzuki


GABUNGAN
parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) belum memutuskan untuk bekerjasama dengan kumpulan Bersatu yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya kecil (PRK) Slim.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Marzuki Yahya, seorang pengikut setia bekas perdana menteri itu yang mengumumkan bahawa calon 'Bersatu Blackout' akan bertanding dalam PRK itu bagi menentang calon Perikatan Nasional (PN).

"Ia mengelirukan apabila (mantan) setiausaha agung (Bersatu) mengatakan kami beralah dengan mereka.

"Tidak. Pendirian kita adalah kita berunding dengan mereka - apa pendirian mereka. Kemudian pada hari Selasa, HARAPAN akan bertemu untuk memutuskannya," kata Anwar di Port Dickson.

Marzuki sebelum ini dilapor media membuat dakwaan kononnya seorang ahli Majlis Presiden HARAPAN memberitahunya bahawa gabungan pembangkang itu tidak akan bertanding pada PRK itu nanti.

Anwar berkata, gabungan itu sebelum ini telah memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Chini, namun keadaannya berbeza sekarang.

"Pada pilihan raya kecil yang lalu di Chini, tentunya kebimbangan kita adalah mengenai Covid-19 dan ruang lingkup kempen sangat terbatas sehingga kita memutuskan untuk tidak meletakkan calon kita. Tetapi kita harus mengkaji semula keputusan itu.
https://t.me/kartelmedia
"Kami perlu putuskan terlebih dahulu, sebagai HARAPAN, untuk berunding dengan kumpulan Mahthir kerana mereka bertanding pada PRK yang lalu," katanya.

Sebagai rekod, kerusi Dun Slim kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya, Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini.

Post a Comment

0 Comments