Apakah gelombang baru Covid-19 sedang melanda?


KES baharu berkaitan Covid-19 dibeberapa negara jiran dilapor meningkat dalam jumlah yang amat membimbangkan.

Di Indonesia, kes positif direkodkan bagi tempoh 24 sehingga semalam adalah sebanyak 1,868 kes dan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 97,286 kes.

Keseluruhan kematian di republik itu terus meningkat dengan jumlah terkini menjadi korban ialah seramai 4,714 orang.

Manakala negara jiran Singapura turut mencatatkan pertambahan kes.

Bagi tempoh sehingga semalam, sebanyak 513 lagi kes baharu direkodkan dengan sebahagian besarnya masih merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Berdasarkan data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura, angka terbaharu berkenaan menjadikan jumlah jangkitan di republik itu kini sebanyak 49,888 kes.

Vietnam yang sebelum ini dilihat berjaya mengawal penularan wabak tersebut turut terkesan.

Setelah hampir 100 hari tanpa sebarang kes positif direkodkan, Vietnam kembali mencatatkan satu kes baru melibatkan rakyat tempatan.

Kes ke-416 itu melibatkan pesara berusia 57 tahun di Bandar Da Nang dan ia merupakan kes pertama sejak diisytiharkan bebas daripada wabak tersebut pada 16 April lalu.

Negara itu sebelum ini mengambil pendekatan hampir serupa dengan Malaysia  selepas melakukan proses kuarantin besar-besaran dan penjejakan kontak rapat secara meluas bagi mengekang penularan wabak tersebut.
https://t.me/kartelmedia
Perkembangan terkini itu menimbulkan persoalan apakah gelombang baharu wabak itu sedang melanda.

Malaysia sendiri mencatatkan pertambahan kes baru sejak beberapa hari lalu.

Kebimbangan berlaku pertambahan kes baru sekiranya langkah disarankan Kementerian Kesihatan tidak diambil perhatian turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini.

Post a Comment

0 Comments