Anwar seorang perdana menteri yang berani , kata Azalina Othman.


SEORANG Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang berani.

Datuk Seri Azalina Othman Said yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) melontar pandangan itu susulan ketegasan Anwar untuk membentangkan usul undi percaya terhadapnya pada persidangan Parlimen minggu depan

"Pandangan peribadi saya sangat mudah. Akhirnya dalam sistem Westminster, sesiapa sahaja boleh mengusulkan undi percaya pada bila-bila masa.
 
"Tetapi untuk Perdana Menteri hari ini mengadakan usul tersebut walaupun sudah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong selain sokongan gabungan besar dan beliau mahu ia dibuat daripada bawah...saya rasa kita perlu menghormati keputusannya," katanya pada Isnin,

Azalina berkata Anwar mahu Ahli Parlimen menunjukkan sokongan mereka kepada dirinya dan ia adalah hak prerogatifnya sebagai sebagai Ketua Majlis Mesyuarat (Ketua Dewan).

"Saya rasa beberapa perdana menteri tidak akan melakukannya. Tetapi dia (Anwar) mahu. Mungkin apabila Kerajaan Perpaduan ini bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti dan itulah langkahnya. Ia datang daripada Ahli Parlimen di luar sana.

Semua pihak mesti hormati keputusan PM
"Ahli Parlimen perlu menunjukkan sokongan kerana ini adalah Kerajaan Perpaduan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kita tnggu dan lihat pada 19 dan 20 Dis ini," tambah Azalina sambil semua pihak menghormati keputusan perdana menteri itu.

Anwar sebelum ini menyatakan bahawa usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Katanya, beliau menjelaskan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini.
 

Post a Comment

0 Comments