PARTI Warisan Sabah (Warisan) menyatakan kesediaan untuk sekali lagi berpakat dengan blok pembangkang lain bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kesediaan itu dinyatakan sendiri Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menurutnya, kesediaan parti dari Malaysia Timur itu beersepakat dengan gabungan pembangkang lain adakah berdasarkan kepentingan rakyat.
"InsyaALLAH kita tunggu nanti bagaimana keadaannya. Kita boleh berunding dan saya seorang pemimpin yang bukan tidak ada tolak ansur, bukan tiada muafakat. Kita mampu dan paling utama kepentingan rakyat dan hala tuju kita.
"Kita tidak mahu perjuangan ini kelihatan dominan sangat, dari segi pentadbiran terutama berhadapan pilihan raya.
"Pakatan itu memerlukan kita untuk menyatakan bahawa kekuatan ada di situ," katanya.
Shafie turut menjadikan persepakatan antara pemimpin dalam pembangkang sebagai bukti jelas bahawa mereka boleh bekerjasama.
"Dari segi contohnya di Parlimen, belanjawan kita sepakat dalam konteks usul, pendekatan dengan rakan-rakan Pakatan Harapan (HARAPAN), itu cukup jelas dari segi landasan untuk menghadapi pilihan raya," katanya mengulas berhubung kesepakatan antara blok pembangkang dalam satu bual bicara yang disiar secara langsung di Facebook pada Jumaat.
![]() |
Kerjasama demi kepentingan rakyat |
0 Comments