KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin didakwa telah gagal memerangi pandemik Covid-19.
Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, kedudukan Malaysia mengawal pendemik itu berada di belakang negara Asia Timur seperti China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, dan Hong Kong bahkan Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam, dan Thailand.
Ia jelasnya berdasarkan Indeks Ketahanan Covid oleh Bloomberg.
“Kawasan serantau Asia Timur dan Pasifik telah dikatakan sebagai salah titik cerah dalam usaha melawan wabak Covid-19, tetapi kita perlu mengakui yang Malaysia tidak berjaya untuk melakukan yang terbaik dalam melawan wabak ini.
“Mengapakah Malaysia tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik, seperti negara-negara Asia Timur atau Asean…?,” soalnya dalam kenyataan tersebut.
Data tersebut terkandung dalam penerbitan bulan Indeks Ketahanan Covid oleh Bloomberg yang mengukur ekonomi bernilai AS$200 bilion dalam 10 ukuran iaitu daripada peningkatan kes kepada kadar kematian, kapasiti ujian saringan, dan perjanjian bekalan vaksin.
Menurut Indeks Ketahanan Covid Bloomberg pada Februari, Singapura berada di tangga kedua, China (6), Taiwan (7), Korea Selatan (8), Jepun(9), Thailand (10), Hong Kong (13), Vietnam (18) berbanding Malaysia pada kedudukan ke-23 dari 53 buah negara.
Untuk rekod, Malaysia telah berjaya mengawal pendemik yang dikesan sejak lebih setahun lalu melalui Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama.
Namun cubaan rampasan kuasa di Sabah yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri pada September tahun lalu dilihat telah mencetus semula gelombang ketiga wabak tersebut.
![]() |
Dakwaan berasaskan laporan Bloomberg |
0 Comments