Mayat warga tua ditemukan dalam hutan paya bakau

 


MAYAT seorang warga tua yang hilang setelah keluar membeli santan di temukan dalam hutan paya bakau.

Penemuan mayat R. Harikrishnan, 75, di kawasan hutan dekat Jalan Seri Sementa dekat Klang petang semalam menjawab misteri kehilangan mangsa.

Timbalan Ketua Zon Bomba Klang, Khairulazhar A. Rahaman  yang dipetik laporan Utusan berkata, pihaknya telah dihubungi pihak polis mengatakan mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu.

Keluarga mangsa sebelumnya telah membuat laporan di balai polis Kapar pada Jumaat.

"keluarganya melaporkan kepada polis bahawa mangsa telah keluar untuk membeli santan di kedai berdekatan rumahnya.

“Operasi bagi mencari dan menyelamatkan bermula pukul 11 pagi dengan penglibatan seramai 13 anggota serta pegawai daripada balai bomba dan penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,” katanya Khairulazhar.

 Mangsa hilang sejak Khamis
Khairulazhar berkata, radius kawasan pencarian mangsa dianggarkan kira-kira lima kilometer. Pasukan menyelamat sebelumnya menemukan sepasang selipar dan basikal mangsa 1.5 kilometer daripada tempat mayat mangsa ditemui.

“Pasukan anjing pengesan menemui mayat mangsa di belakang sebuah pokok bakau.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments