Pulau Pinang bakal jalankan saringan Covid-19 skala besar


KERAJAAN
Negeri Pulau Pinang dilapor bakal menjalankan saringan Covid-19 secara skala besar (mass screaning) terhadap pekerja warga asing di negeri itu.

Memetik laporan Buletin Mutiara, saringan di bawah program Penang S.A.F.E mulai 4 Januari depan merupakan  kerjasama inovatif di antara sektor swasta dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, ujian saringan menggunakan teknik ujian rt-PCR itu bagi membolehkan ujian saringan dilakukan secara cepat, tepat dan mampu dibiayai.
 
“Proses saringan ini dipanggil ‘pooled screening’ di mana ia telah digunakan di luar negara seperti India, Singapura dan Australia.

“Keputusan ujian boleh didapati dalam tempoh 24 jam dan ketepatan keputusannya sekitar 98 peratus dan boleh dipercayai jauh lebih baik berbanding ujian Antigen.

”Daripada ujian yang dilakukan sekiranya terdapat indikasi positif Covid-19 daripada mana-mana sampel tersebut, maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil alih dan melakukan saringan lanjut ke atas individu-individu tersebut untuk tujuan pengesanan kontak rapat dan seterusnya rawatan,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif berkenaan, Jagdeep berkata, ia akan meringankan beban KKM dan infrastruktur kesihatan awam negara.

Difahamkan, ujian saringan ini telah pun mendapat kelulusan daripada KKM untuk dilaksanakan di Pulau Pinang dan ia lebih murah iaitu RM60 bagi setiap individu kerana beberapa sampel diuji serentak bersama-sama.

Sementara itu jelasnya, ujian tersebut juga boleh dimanfaat dan dilakukan oleh warganegeri yang berminat.
 
“Bagi yang berminat terhadap program Penang S.A.F.E ini, temujanji untuk saringan swab COVID-19 boleh dibuat melalui emel info@penangsafe.com atau melalui talian +6017-220 2818 (Cik Yoyo Eng),” ujarnya lanjut.

Terdapat kira-kira 135,450 pekerja warga asing berdaftar di Pulau Pinang, di mana jumlah tersebut melibatkan pelbagai sektor seperti perkilangan, tapak pembinaan dan hospitaliti.

 Teknik saringan rt-PCR  pilihan terbaik
Tambah Jagdeep, dengan jumlah pekerja (warga asing)dan kapasiti yang ada akan mengambil masa beberapa bulan untuk proses saringan, namun dengan pooled screening ia dianggap langkah terbaik untuk melakukan proses itu dengan lebih pantas.

"Kita berharap lebih banyak industri akan menggunakan metadologi yang sama bagi mempercepatkan proses saringan,” tegasnya lagi.

Post a Comment

0 Comments