TIADA kemelut kepimpinan yang serius dalam organisasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak.
Perkara itu didedahkan sendiri Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah baru-baru ini.
Anwar sebelumnya mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa kepimpinan parti itu di Sarawak kini goyah susulan hasrat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi negeri.
“Cadangan Wei Shien itu kita bawa dalam mesyuarat. Saya akan bincang dengan beliau.
“Saya serah kepada negeri untuk bincang siapa pilihan mereka, namun buat masa ini mereka mohon agar Wei Shien terus memegang jawatan untuk sementara waktu," kata Anwar.
Larry sebelum ini menyatakan hasrat melepas jawatan itu bagi memberi ruang supaya pemimpin Dayak diangkat mengetuai KEADILAN Sarawak.
Menurut Larry, langkah itu mampu menarik lebih banyak sokongan dari masyarakat tersebut memandangkan kaum Dayak mewakili 43 peratus penduduk dengan perwakilan Melayu dan Cina hanya 24 peratus.
Tambahnya lagi, langkah tersebut juga sebagai persediaan untuk parti itu menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun hadapan.
![]() |
Anwar harap Larry terus berkhidmat |
Namun meletak syarat bahawa pemimpin Dayak perlu diangkat sebagai Ketua Negeri Sarawak sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengambil mandat pada PRN akan datang.
0 Comments