Orang S'gor tak terima Umno, kata Pengerusi Bersatu negeri

PARTI Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor tiada masalah untuk bertembung dengan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari dipetik laporan FMT membayangkan, walaupun pihaknya masih berunding dengan Umno mengenai pengagihan kerusi di negeri itu, beliau mengambarkan bahawa Umno menolak usaha merungkai isu tersebut.

“Jika (kena) bertembung (dengan UMNO), maka bertembunglah. Hendak buat macam mana lagi. Sudah jelas rakyat Selangor tidak menerima UMNO sebagai pemimpin di Selangor. Jadi, kita akan teruskan agenda kita bawah Perikatan Nasional (PN),” kata beliau  menurut laporan itu.

Tambah Rashid, walaupun ada gesaan dari Muhyiddin supaya parti itu berunding dengan Umno, namun mereka mengambil sikap realistik dan tidak menagih simpati Umno.

Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar sebelum ini memberi amaran supaya Bersatu tidak cuba mengintai kerusi yang akan dipertandingkan mereka.

Menurut Noh lagi, mereka tidak ada masalah untuk bertembung dengan Bersatu.

“Kalau Bersatu cuba nak ganggu kawasan kita, Umno tiada pilihan melainkan terpaksa melawan Bersatu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang itu dipetik.

Sementara itu, Abdul Rashid menegaskan bahawa mereka akan terus berkerjasama dengan PAS.

 Umno dan Bersatu saling sedia bertembung
Berbanding kerjasama Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) yang menurutnya 'tidak sah' Bersatu dan PAS berada dalam gabungan yang didaftar dan telah diluluskan.

“Umno dan PAS ada Muafakat Nasional tetapi tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, berbeza dengan PN. Ia sudah didaftarkan dan diluluskan.

"Jadi, apa yang sah hanyalah PN, sebab itu kita (Bersatu dan PAS) akan gunakan logo PN menjelang pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments