Serangan Tun M terhadap Anwar didorong rasa iri hati - Mujahid



KENYATAAN
Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperlekeh kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam menerajui negara tidak disenangi bnyak pihak.

Menganggap pandangan Mahathir itu sebagai pesimis, Naib  Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggesa bekas Ahli Parlimen Langkawi itu supaya tidak terlalu fokus kepada agenda peribadinya.

"Dr Mahathir nampak sangat fokus beliau terlalu peribadi. Langsung tidak melihat kejayaan Anwar untuk menyatukan kerajaan yang dahulunya disebut oleh Dr Mahathir sebagai kerajaan perpaduan.
 
"Adakah kerana beliau tidak menjadi Perdana Menteri di atas (nama) kerajaan perpaduan ini, maka semua orang tak betul?

"Ini bukan berkaitan isu Anwar (sebagai Perdana Menteri) sebaliknya isu Dr Mahathir sendiri yang seolah-olah menganggap perpaduan itu miliknya sahaja..orang lain tak boleh," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Dr Mahathir dalam satu wawancara ekslusif bersama portal itu baru-baru ini berkata, perancangan Anwar mengatasi masalah negara susulan kesan pandemik, kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik, masih belum diberikan perhatian.

Dia turut mendakwa Anwar ketika dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri pada 1997 gagal menangani masalah berhubung kejatuhan nilai ringgit ketika itu.

Walau bagaimanapun dakwaan Mahathir itu dibidas bekas Ahli Parlimen Padang Rengas.

BACA: Nazri Aziz jawab serangan terbahru Tun M pada Anwar


Nazri Aziz yang dilantik timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu berkata, walaupun Anwar dilantik memangku jawatan tersebut, namun Anwar tidak diberikan kuasa sewajarnya untuk membuat keputusan.
 
Sebaliknya Mahathir bercuti yang di luar negara ketika itu tetap mengawal pentadbiran negara.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Dr Kelvin Yii Lee Wuen, berkata Dr Mahathir perlu menghormati mandat yang diberikan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri dan memberi masa kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu membuktikan kemampuannya.  

"Sama ada Anwar dapat melaksanakan tanggungjawab terbabit, kita harus berikan masa kepada beliau tetapi dalam masa sebulan ini, kita dapat melihat banyak inisiatif dan hala tuju secara dasar dilakukan beliau yang mampu memulihkan ekonomi," katanya.

Warganet turut melahirkan reaksi tidak setuju dengan kenyataan Mahathir yang disifatkan tidak membantu kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan ganggu kelancaran pentadbiran k'jaan
@Edie57929225 di laman Twitter berkata, “Mahathir sepatutnya memilih untuk diam atau bantu pentadbiran dengan nasihat-nasihat yang lebih bernas. Bukan zahirkan benci dan iri hati,”

Tidak kurang juga yang menggesa agar pimpinan HARAPAN mengambil langkah bersiap siaga dengan mengelakkan kemungkinan taktik jahat rampasan mandat rakyat berulang.
 
“Mahathir dah mula serang Anwar. Percayalah, jika ada isu begini, mereka ada rancangan. Anwar dan pasukannya perlu berjaga-jaga.” kata pengguna menggunakan nama @queen_imann.

Post a Comment

0 Comments