Libatkan Ahli Parlimen KL dalam proses buat keputusan - Pakar


JABATAN Wilayah Persekutuan perlu melibatkan Ahli Parlimen Kuala Lumpur dalam proses membuat sebarang keputusan, kata seorang pakar kerajaan tempatan.

Derek Fernandez berkata, amalan diguna pakai majlis tempatan di mana semua ahli majlis dilibatkan dalam proses membuat keputusan wajar diguna pakai bagi mengelak sebarang keputusan yang menjurus kepada “salah guna kuasa”.

“Ini demi mengelak kuasa berlebihan berada dalam tangan seorang individu yang mempunyai prerogatif membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas penstrukturan semula Kementerian Wilayah Persekutuan yang kini dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di letakkan bawah Jabatan Perdana Menteri dan difahamkan diterajui oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Rosida Jaafar.

Sementara itu Fernandez berkata, sekiranya ia bukan pilihan terbaik, Ahli Parlimen Kuala Lumpur boleh membentuk jawatankuasa bagi menyemak dan membahaskan rancangan dan dasar.

“Lebih banyak input lebih baik kerana kita memerlukan perspektif berbeza sebelum mencapai keputusan bersama.” jelasnya.


Pembangunan mesti selaras kemahuan rakyat
Selain menggesa penglibatan Ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan, beliau turut meminta jabatan itu memastikan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 digazetkan.


Isu banjir di Kuala Lumpur juga merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera dengan mengambil kira infrastruktur dibina gagal mendepani kemajuan pesat pembangunan di sekitar bandaraya itu.
 

Post a Comment

0 Comments