'Putra Julang Darjat' tengkolok rasmi baharu Perlis


TAHUKAH anda, tanjak, destar atau tengkolok merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki.

Ia selalu dipakai dalam majlis-majlis penuh adat istiadat masyarakat Melayu dan istana dan kebiasaanya dipadankan bersama bengkung, samping dan baju melayu.

Jenis tengkolok berbeza-beza mengikut negeri atau status seseorang.

Tengkolok Putra Julang Darjat
Khamis lalu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan tengkolok rasmi negeri Perlis di Balai Menghadap Biru Istana Arau .

Tengkolok diberi nama ‘Putra Julang Darjat’ itu bakal menggantikan tengkolok ‘Dendam Tak Sudah’ yang berasal dari Negeri Sembilan dan telah digunakan sejak sekian lama di negeri itu.

Difahamkan, Ikatan tengkolok baru ini mirip  tengkolok yang pernah dipakai oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika istiadat pertabalan Baginda dalam tahun 1949 dan majlis menandatangani Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Menurut sejarah, ikatan tengkolok berkenaan telah diikat sendiri oleh Almarhumah Tuanku Hajah Budriah, Raja Perempuan Perlis pada ketika itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahli-Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dipetik berkata, Tengkolok “Putra Julang Darjat” adalah signifikan kepada kekuatan dan usaha si pemakai dalam meningkatkan nilai positif dalam dirinya. 


Raja Perlis berkenan melihat tengkolok baharu
Ejaan ‘Putra’ juga menurutnya adalah bagi mengabadikan nama Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang telah berkenan memakai tengkolok ini ketika istiadat pertabalan Baginda pada 1949.

Berangkat sama mengiringi baginda pada menlis memperkenan tengkolok baru itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Post a Comment

0 Comments