INSIDEN kekecohan di Stadium Gelora Bung Karno ketika aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Khamis lalu sangat memalukan.
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penyokong skuad Garuda itu bukan sahaja telah mencemarkan semangat sukan sebagai pentas perpaduan, malah telah meranapkan imej kerajaan negara jiran.
Imam Nahrawi mohon maaf | Sumber - Antaranews |
Permohonan maaf itu dikemukakan oleh Imam secara peribadi kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Jakarta pada Jumaat.
“Kehadiran saya untuk menyampaikan langsung permohonan maaf atas nama masyarakat dan pemerintah Indonesia atas peristiwa tidak mengenakkan atas kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong (Indonesia) seperti yang kita sama-sama lihat semalam," kata Imam kepada media seperti dilaporkan agensi berita ANTARA.
BACA: Dua rakyat M'sia cedera diganyang penyokong Garuda
BACA: Kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya ratah Garuda
Imam turut menyatakan hasrat agar semangat persahabatan antara penyokong Indonesia dan Malaysia yang tercalar kerana insiden itu dapat disatukan semula. Malah beliau berjanji bahawa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia akan mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik kekecohan yang berlaku.
Kekecohan yang dimulakan beberapa penyokong tidak bertanggungjawab itu menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika. Tiga warga Malaysia dilapor cedera dalam kejadian tersebut. Pasukan keselamatan terpaksa menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh.
Sementara itu, Syed Saddiq menyambut baik permohonan maaf yang dikemukakan oleh Imam, namun beliau mengharapkan pelaku kekecohan pada perlawanan itu dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa negara itu.
0 Comments