MARA tubuh pasukan khas tranformasi premis komersial miliknya

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Mara) akan menubuhkan pasukan khas bagi melaksana transformasi premis komersial miliknya di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, langkah itu dibuat selari dengan maklum balas orang ramai yang mahukan perubahan dilakukan terhad lot premis berkenaan.

"Berdasarkan laporan, maklum balas orang ramai dan lawatan mengejut (#Terjah) ke premis-premis komersial termasuklah Arked-Arked Mara.

"Sudah tiba masanya untuk satu pelan bersepadu untuk mentransformasikan semua premis-premis komersial Mara seluruh negara agar berwajah baharu, lebih ceria, dinamik dan mampu menjadi salah satu wahana penting untuk memperkasakan lagi agenda ekonomi Bumiputera,” katanya pada Khamis.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mendedahkan banyak lot premis yang tidak beroperasi atau dijadikan stor menjadi punca Arked Mara di Pekan Changlun kelihatan sepi, daif dan lesu.

Sebahagian lot premis  disewa hanya untuk kegunaan alamat oleh kontraktor bagi mendapatkan tender di kawasan berhampiran.

Sementara itu Asyraf Wajdi turut memaklumkan, Mara bersetuju dengan kelulusan segera RM400 ribu untuk membaiki segera tandas-tandas dan bilik guru di MRSM Terendak.

“Kami juga bersetuju untuk memperkukuhkan lagi sistem pemantauan dan penguatkuasaan agar kebajikan pelajar terutamanya penyediaan makanan di dewan selera IPMA dan MRSM terpelihara serta berada pada tahap terbaik,” katanya.

Post a Comment

0 Comments