ISMAIL SABRI YAAKOB digesa memecat Hishammuddin Hussein sekiranya laporan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) tidak didedahkan pada 16 Ogos.
Bekas Timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong berkata begitu susulan cadangan kabinet untuk menyahrahsia laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan bekas ketua audit negara, Ambrin Buang serta laporan daripada audit forensik berhubung projek LCS yang dijalankan pada 2019.
"Kedua-dua laporan ini dan dokumen lain yang berkaitan harus didedahkan
“Jika laporan itu tidak didedahkan oleh Kementerian Pertahanan pada Selasa 16 Ogos, perdana menteri harus memecat Hishammuddin kerana ingkar arahan ," kata Liew dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebooknya.
Liew turut menggesa dokumen lain termasuk laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan berhubung projek kapal peronda generasi baharu (NGPV) yang gagal juga didedahkan.
Ini kerana katanya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah mendedahkan bahawa sebahagian daripada dana yang dibayar kerajaan untuk LCS digunakan bagi membayar hutang lapuk daripada projek NGPV.
"Perbincangan mengenai LCS tidak akan lengkap jika fakta daripada projek NGPV tidak diketahui sepenuhnya orang ramai," jelasnya.
Beliau turut memberi amaran, bahawa mereka yang bersalah tidak boleh berselindung di sebalik alasan rahsia rasmi dan keselamatan negara untuk melakukan "rasuah sebesar itu".
“Rasuah dalam perolehan aset pertahanan itu sendiri mengancam keselamatan negara.
“Peralatan pertahanan yang dibina dengan buruk disebabkan oleh rasuah melunturkan semangat tentera kita, memberi kesan buruk kepada keupayaan tempur pasukan kita dan menjejaskan keselamatan anggota kita,” katanya.
PAC pada 4 Ogos lalu membentangkan laporannya mengenai perolehan LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dua tahun selepas memulakan siasatan terhadap kontrak bernilai RM9.13 bilion.
![]() |
Rasuah eset pertahanan ancam negara |
“Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar. Mengikut garis masa kami, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Ogos 2022,” kata Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dalam satu sidang media.
0 Comments