Oleh: DR MUJAHID YUSOF RAWA | Skandal kapal tempur (LCS) untuk Tentera Laut Malaysia (TLDM) telah didedahkan di parlimen dalam laporan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) baru-baru ini.
Segala usaha dari Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk selamatkan negara dari penyakit rasuah yang sistemik telah dikhianati atas sentimen perkauman dan agama sempit. Namun setelah pengkhinatan mereka, satu persatu skandal dari pimpinan politik orang-orang Melayu terus terbongkar.
Lebih menggerunkan institusi orang Melayu /Islam seperti LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan Tabung Haji menjadi mangsa oleh scam perjuangan Melayu/Isle.
Walaupun hanya 22 bulan, HARAPAN berjaya memulakan langkah pemulihan ke atas kedua-dua institusi ini.
Apa yang didedahkan oleh PAC ialah dari legasi era 'Bossku' sebagai PM dan Zahid serta Hishamudin sebagai MENHAN (2009-2014) ketika itu.
Parti Melayu yang melaungkan patriotism negara dan ketuanan orang Melayu bukan sahaja menipu orang Melayu tetapi membahayakan keselamatan perairan negara dengan kegagalan projek ini akibat rasuah.
LTAT menjadi mangsa skandal terkini kapal tempur LCS di mana perjanjian dgn BNS (Boustead Naval Shipyard) ditandatangani pada 2014 bernilai RM 9 Bilion, sepatutnya siap 6 buah kapal pada Ogos 2022 setelah kerajaan membayar RM 6 bilion namun satu kapal pun tak sampai.
LTAT adalah untuk kebajikan veteran yang rata-rata Melayu/Islam. LTAT ada kepentingan 50.8% secara tak langsung melalui BHIC (Boustead Heavy Industry Corporation) dan 10 peratus kepentingan langsung dgn BNS. Sebelum ini LTAT dengan kewangan yang kritikal tetap memberi dividen atas campurt angan politik dan kelompok tertentu yang meraih keuntungan walaupun kebajikan tentera tidak banyak ditangani.
Arahan LTAT oleh 'Bossku' untuk membeli syarikat swasta bernilai RM 550juta untuk kuatkuasa AES yang rugi. Ini dideahkan oleh laporan PAC. PH telah selamatkan LTAT dengan menebus kembali RM550juta. Seluruh ALP dan Ketua Eksekutifnya ditukar untuk memulihkan LTAT semasa kerajaan HARAPAN.
Ketika TH (Tabung Haji) mengalami masalah kewangan yang sama, sejak 2014 dividen dibayar tinggi tidak patuh akta dan kerugian tidak direkodkan manakala keputusan dibuat dengan campurtangan politik, tiada bezanya dengan LTAT.
ADS
Peliknya TH terus diserang dan difitnah walaupun Jabatan Audit Negara untuk Kewangan TH tahun 2019,2020, 2021 memperakui kejayaan hasil penstrukturan-semula TH di bawah kerajaan HARAPAN. Buktinya TH hari ini mampu membeli bangunan Minster Building di London bernilai RM1.32B walaupun tidak disebut harga perolehan.
Sedarlah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu, kita tidak boleh kekal diperbodohkan oleh kelompok yang guna perkauman dan sentimen Melayu.
![]() |
Kita tak boleh kekal diperbodohkan |
DR MUJAHID YUSOF ialah ahli parlimen Parit Buntar, naib presiden Amanah dan Pengerusi HARAPAN Perak. Beliau juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis, ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments