KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpandangan sidang khas Parlimen bagi membahaskan skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) tidak perlu diadakan.
Beliau sebaliknya bersetuju dengan cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu yang mendapat perhatian ramai itu.
“Saya tidak cenderung membahas lagi kerana saya mahu tindakan diambil. Fakta sudah terlalu jelas, bukan masanya untuk bahas.
“Kalau Bersatu cadangkan RCI, ia patut RCI yang membabitkan semua kerana mengapa nak pilih satu dua projek. Pilih semua projek. Pilih semua pimpinan .
“Kalau yang mana melakukan kecurangan dari segi rasuah, orang ini patut ditolak dan tidak harus dijadikan calon pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Khamis lalu, PAC dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta telah digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan sudah melengkapkan beberapa kertas siasatan berhubung skandal perolehan LCS dan akan mencadangkan beberapa nama kepada Pejabat Peguam Negara.
Anwar yang menyambut baik perkembangan itu walau bagaimanapun berkata, tindakan itu sudah terlambat memandangkan isu berkenaan sudah lama berbangkit.
“Saya alu-alukan, panggillah cepat. Saya pelik juga isu sudah lama sejak 2020, dua tahun kemudian baru nak panggil,” katanya.
Beliau sebaliknya bersetuju dengan cadangan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu yang mendapat perhatian ramai itu.
“Saya tidak cenderung membahas lagi kerana saya mahu tindakan diambil. Fakta sudah terlalu jelas, bukan masanya untuk bahas.
“Kalau Bersatu cadangkan RCI, ia patut RCI yang membabitkan semua kerana mengapa nak pilih satu dua projek. Pilih semua projek. Pilih semua pimpinan .
“Kalau yang mana melakukan kecurangan dari segi rasuah, orang ini patut ditolak dan tidak harus dijadikan calon pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Khamis lalu, PAC dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta telah digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan sudah melengkapkan beberapa kertas siasatan berhubung skandal perolehan LCS dan akan mencadangkan beberapa nama kepada Pejabat Peguam Negara.
![]() |
Semua fakta dah ada, kata Anwar |

0 Comments