BEKAS menteri pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu Liew Chin Tong mempersoalkan Najib Razak apakah projek kapal tempur pesisir (LCS) telah dirancang dengan tujuan untuk membayar hutang lama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Soalan itu dilontarkan mereka susulan laporan media bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberitahu bahawa BNS membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk projek lama iaitu projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walhal ia sepatutnya untuk projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Menganggap bahawa tindakan itu adalah jenayah pecah amanah sekiranya benar, mereka menegaskan jawapan Najib akan membantu semua pihak memahami isu disebalik projek LCS.
“Ataupun perdana menteri keenam (Najib Razak) memang memulakan projek LCS secara rundingan terus dengan tujuan untuk membayar hutang lapuk NGPV?
“Jawapan Najib kepada soalan ini akan bantu kita semua memahami masalah projek LCS,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Untuk rekod sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat kerajaan kepada BNS adalah sebanyak RM6.08 bilion, namun sehingga kini tiada satu pun kapal itu telah disiapkan.
Pengarah Program LCS syarikat BNS, Kepten Ir. Azhar Jumaat dilapor media telah berkata kepada PAC, selain menyelesaikan hutang-hutang lapuk BNS, sebanyak RM305 juta lagi wang digunakan untuk keperluan fasiliti integrasi.
Justeru, katanya, sebanyak RM1.005 bilion diklasifikasikan sebagai kos lebihan dan perkara itu jelasnya telah diberitahu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam laporan Utusan pada 8 Ogos, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman berkata, bayaran kepada NGPV adalah ‘kos lama’ yang terpaksa ditanggung apabila BNS menandatangani kontrak LCS.
Justeru, akibat melunaskan hutang menggunakan wang daripada sumber lain telah menyebabkan syarikat itu berdepan masalah aliran tunai.
“Jadi, kos lebihan termasuk hutang berkaitan dengan NGPV yang terpaksa ditanggung oleh BNS mengakibatkan adanya masalah dengan aliran tunai di BNS
Difahamkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah merancang untuk memperoleh 27 kapal peronda pada 1990, dengan cadangan dimasukkan dalam perjanjian untuk Perjanjian Penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd.
Projek NGPV, hanya menyaksikan enam daripada 27 kapal siap, melibatkan penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd pada 1995 di bawah kelolaan Najib yang ketika itu menggalas tugas sebagai menteri pertahanan, dari 1990 hingga 1995 dan kemudian 1999 hingga 2008.
“Kontrak tambahan pertama yang ditandatangani pada 14 Dis 2001 tidak melibatkan kos tambahan.
![]() |
Najib perlu jawab soalan dilontarkan |
“Asas-asas peningkatan kos sejumlah RM1.4 bilion tidak dinyatakan dengan jelas dan tiada justifikasi kukuh untuk menaikkan nilai perolehan kontrak tersebut,” kata mereka.
0 Comments