BELUM reda isu perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS), satu lagi isu berkaitan pembelian senjata telah dibangkitkan.
Pengarah Komunikasi KEADILAN melalui satu catatan di laman Facebooknya menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menjawab dakwaan berhubung kelulusan pembelian meriam berat bernilai hampir RM1 bilion melalui rundingan terus.
“Dakwaan RM854 juta rundingan terus, pada ketika kita menyelongkar pelbagai masalah dan kerenah dalam skandal kapal LCS (yang juga dirunding terus), amat membimbangkan,” kata Fahmi Fadzil.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian sebagai respons kepada catatan Facebook oleh pemerhati politik dan penulis Zaharin Mohd Yasin.
Zaharin sebelumnya memuat naik imej kelihatan seperti surat kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung pembelian itu.
Sementara itu tegas Fahmi, isu dibangkitkan itu sekiranya benar dianggap sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.
“Jika isu-isu yang didakwa Zaharin ini ada kebenaran, sebagai seorang Ahli Parlimen, saya teramat risau,” katanya.
Negara dikejutkan dengan skandal kontrak RM9 bilion bagi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd untuk enam kapal tempur pesisir (LCS) sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan armada tentera laut.
Fahmi bimbang dakwaan Zaharin benar |
Beberapa kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan agar individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan projek itu didakwa.
0 Comments