PENGASAS bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd Hadi menggesa rakyat negara ini agar tidak berhenti mendesak isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM6 bilion diselesaikan.
Amir yang mengetuai protes “Mana Kapal LCS” di Kuala Lumpur hari ini berkata adalah menjadi hak orang ramai untuk menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu dan kerajaan pula memikul tanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.
“Mereka tidak boleh mendiamkan kita. Kami akan terus memperjuangkan kebenaran dan memastikan mereka yang terlibat bertanggungjawab,” katanya.
Sebelumnya kira-kira 200 peserta protes isu kapal tempur pesisir (LCS) berhimpun di depan pusat membeli-belah Sogo.
Peserta terdiri dari wakil gabungan mahasiswa, NGO dan pemimpin parti politik menggenakan baju berwarna hitam sambil replika LCS dan plakad dengan tulisan antaranya “H20 letak jawatan”, “buang penyamun”, “RM6 bilion hilang”, “kapal hilang radar!” serta “Jawab surat panglima TLDM”.
Antara pemimpin anak muda yang hadir adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Abbas Azmi dan Ketua Dapsy Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.
Ketua Penerangan Bersatu Ashraf Mustaqim Badrul Munir turut menyertai himpunan dan menggesa kerajaan dipertanggungjawabkan atas dana awam yang telah dibelanjakan untuk projek itu.
Isu LCS mendapat perhatian ramai susulan pendedahan PAC berhubung status projek berkenaan.
PAC berkata, sehingga kini tiada satu pun LCS disiapkan dan diserah kepada tentera laut walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 iaitu dua kapal pertama sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.
Semalam, dalam lawatan media ke Lumut, Perak, Boustead Naval Shipyard (BNS) menunjukkan terdapat lima LCS sedang dalam pembinaan dengan salah satunya sudah mencapai kemajuan 60%, manakala empat lagi mencapai kemajuan 48%, 43%, 36% dan 22%.
Amir sementara itu menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan imej kapal yang tidak lengkap hasil lawatan media ke tapak pembinaan LCS di Lumut, Perak, semalam.
Jangan diamkan, rakyat berhak bersuara isu LCS |
Sementara itu, Naib Presiden Muda, Shahrizal Denci dalam ucapannya mempersoalkan bagaimana Malaysia mahu melawan lanun di perairan negara tanpa adanya kapal perang.
“Macam mana mahu lawan lanun di Semporna kalau pakai kapal kayu,” soalnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan
Yahaya, berkata semua 13 individu terbabit akan untuk diambil keterangan
dalam masa terdekat
0 Comments