Selangor mulakan kajian VSR capai matlamat SDG menjelang 2030

KERAJAAN NEGERI Selangor memulakan kajian subnasional sukarela (VSR) bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) menjelang 2030.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kajian tersebut akan dilaksana secara berperingkat akan mengenal pasti kejayaan, cabaran dan bidang yang perlu diperbaiki dalam dasar dan program kami demi kesejahteraan rakyat.
 
“Mengintegrasikan objektif ini dalam dasar dan perancangan negeri amat penting untuk memastikan matlamat SDG ini benar-benar memberikan kesan ekonomi, sosial, dan alam sekitar.

"laporan pertama memperinci pelbagai strategi untuk memastikan Selangor mencapai sasaran itu,” katanya dipetik.

Amirudin berkata demikian sempena Konvensyen Lestari Klang 2024, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk SDG di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada Khamis.

VSR adalah laporan yang mengetengahkan kemajuan dicapai pihak berkuasa tempatan dan wilayah dalam menjayakan SDG, selain halangan yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Sementara itu sebagai mengulas konvensyen anjuran MBDK itu beliau berkata, ia penting untuk mengumpulkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan berhubung amalan terbaik ESG bagi diselaraskan dengan SDG.

Inisiatif berkenaan menekankan kesungguhan pentadbiran negeri dalam menangani isu-isu kritikal seperti perubahan iklim dan pemuliharaan alam sekitar.

“ESG bukan lagi slogan tetapi rangka kerja holistik untuk memastikan pembangunan ekonomi tidak mengorbankan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” katanya dipetik Selangorkini.

Post a Comment

0 Comments