Penganalisis ramal apa bakal berlaku pada Ismail, Anwar dan Mahiaddin


SEORANG
penganalisis politik tidak menolak akan ada beberapa Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini berpaling tadah ke Bersatu bakal kembali ke parti asal mereka.

James Chin yang merupakan profesor di Universiti Tasmania dipetik satu laporan Malaysiakini semalam menjangkakan tindakan itu bakal dapat dilihat dalam beberapa bulan akan datang.

Tambah Chin sekiranya tindakan itu berlaku, ia sudah pasti akan melemahkan parti Bersatu yang dikepalai bekas perdana menteri Mahiaddin Md Yasin.

Parti itu yang keluar dari gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama beberapa parti lain jelasnya akan berdepan risiko untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya ketika menentang Umno dalam PRU ke-14 lalu.

Untuk rekod, Ismail Sabri dipilih sebagai perdana menteri bagi menggantikan Mahiaddin yang meletak jawatan susulan hilang kepercayaan Ahli Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen Umno sebelum ini mengumumkan penarikan semula sokongan mereka terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Beberapa minggu kebelakangan menjelang peletakan jawatan Muhyiddin menampakkan perpecahan ketara dalam Umno dengan Ismail Sabri mengetuai sekumpulan ahli parlimen yang lebih besar untuk kekal berada dalam pentadbiran PN sehingga ke akhirnya.

Bagaimanapun Ismail yang merupakan Naib presiden Umno dinamakan sebagai calon yang dipersetujui termasuk dari kumpulan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian ditambah sokongan Ahli Parlimen yang sebelum ini diketahui menyokong kerajaan Mahiaddin.

Dengan 114 sokongan, Ahli Parlimen Bera itu mengatasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan semula blok itu sebagai calon mereka.

Mengulas mengenai Anwar, Chin berkata bahawa keputusan kali ini masih bukan pengakhiran buat hayat politik presiden KEADILAN itu.

Ismail dijangka berdepan gabungan tak stabil
Sementara itu Ismail Sabri dijangka bakal berdepan gabungan tidak stabil ekoran majoriti tipis yang diraihnya, serta perpecahan dalaman Umno.

Felo kanan Institut Hubungan Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun yang dipetik laporan Reuters berkata "Masih ramai yang tak sukakan Ismail Sabri (di dalam Umno) kerana mereka anggap dia mengkhianati parti dan memperoleh jawatan tertinggi dengan cara mengkhianati parti,”

Post a Comment

0 Comments