#KerajaanGagal #NotMyPM sambut Ismail Sabri


PELANTIKAN
Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob mendapat reaksi dingin dari warganet

Portal Free Malaysia Today dalam laporannya semalam menilai respon orang ramai terhadap pelantikan itu dengan menyifatkan ia bukan pengumuman yang disenangi ramai apabila orang ramai memuatnaik semula tanda pagar #KerajaanGagal sebagai mengiringi pelantikan Ismail Sabri.

Orang ramai menurut laporan itu lagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka melalui komen di laman rasmi Istana Negara sejurus pengumuman pelantikan beliau diumumkan secara rasmi.

Ada antara mereka membuat spekulasi berhubung lantikan itu termasuk membayangkan "Akan ada perebutan jawatan menteri kabinet” kata Hisham Rusli.

Sebagai rekod, tiga pemimpin Bersatu disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ada kumpulan tertentu cuba melobi jawatan tersebut buat individu disokong mereka.

Manakala laporan media turut menyebut bahawa Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing menuntut agar jawatan itu diberikan kepada Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sebahagian warganet turut meninggalkan komen nakal dengan mendakwa lantikan Ismail akan melegakan 'kluster mahkamah.

Faizam Ibnu Sinar yang dipetik laporan itu berkata, “tahniah Najib Razak dan Zahid Hamidi.. lpas ni x perlu susah2 lagi ke mahkamah”.

”Pada masa hadapan, Tak payah susah2 buat pilihan raya sdh, bazirkan masa rakyat aje”. kata Anson Queen pula.

"Kita redha je. Nak buat macam mana. Kuasa bukan di tangan rakyat sekarang. Kuasa ditangan MP2 (Ahli Parlimen) katak yg tentukan hala tuju negara,” kata Rahman Ahmad menurut laporan sama.

Bagi Alia Suhaimi pula, lantikan Ismail Sabri tidak membawa makna besar, beliau berpendapat bahawa Ismail hanya meneruskan legasi kerajaan terdahulu dengan menteri kabinet dari kerajaan gagal sebelum ini mungkin bakal dilantik semula. “hadap la balik Azmin Ali, (Radzi) Jidin, (Ahmad) Zahid (Hamidi), Adham Baba.. Padan muka kita semua”. katanya.

Selain #kerajaanGagal, warganet turut memuat naik semula #NotmyPM bagi meluahkan rasa ditanggung mereka.

Lantikan Ismail Sabri disambut dingin warganet
“Ni org Pahang panggil.. Mengkarakkk (rosak atau punah) #NotMyPM” kata Ahmad Saifullah Razali terhadap lantikan itu.

“Dua PM dilantik tanpa mandat rakyat bukan gurauan #NotmyPM,” tulis @nalinielumalai di twitter.

“Kita menuju laluan gelap di Malaysia. Semoga tuhan merahmati negara ini dan ke mana laluan ini pergi. Jumpa anda pada PRU-15 #NotMyPM,” kata @itsclrkhns di platform sama.

Post a Comment

0 Comments