Ismail Sabri digesa baiki kesilapan k'jaan PN


PARTI DAP mahu Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai perdana menteri meletakkan keutamaan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia serta memperbaiki kegagalan dan kesilapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerangi pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menerusi satu ciapan di Twitter turut menggesa Ismail Sabri membantu rakyat Malaysia dengan menyelamatkan pekerjaan, perniagaan selain mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan.

“Tugas utama Ismail Sabri adalah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia, memperbaiki kegagalan dan kesilapan dalam memerangi pandemik Covid-19. Membantu rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan serta mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan,” katanya pada Jumaat.

Tambah Guan Eng, Ismail Sabri perlu sedar bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Oleh itu, beliau perlu berkhidmat dan melindungi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang," ujarnya.

Ismail Sabri perlu perbaiki kelemahan
Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Untuk rekod, kerajaan PN sebelum ini dikritik susulan pelaksanaan SOP yang mengelirukan, Ismail Sabri adalah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang dipertanggungjawabkan dalam soal berkaitan urusan itu sebelum diserahkan kepada Hishammuddin Hussein.
 

 

Post a Comment

0 Comments