Wanita maut jatuh dari tren LRT


SEORANG wanita dilapor maut selepas dipercayai terjatuh dari tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada petang semalam.

Memetik laporan media, kejadian itu berlaku di Stesen LRT Sentul Timur pada kira-kira jam 4.30 petang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ,kejadian dipercayai berlaku semasa wanita itu berjalan di atas tren yang tidak bergerak.

“Dia juga duduk di besi penyambung gerabak dan terjatuh apabila tren mula bergerak, sebelum digilis,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri mangsa ditemukan di tempat kejadian dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Rapid Rail Sdn Bhd melalui kenyataan memaklumkan berlaku gangguan perkhidmatan bagi laluan LRT Ampang/Sri Petaling susulan kejadian itu. Perkhidmatan dari Stesen Sentul Timur ke Stesen PWTC dihentikan sementara.

Susulan itu syarikat berkenaan menyediakan bas perantara untuk kemudahan pengguna dengan kekerapan 30 minit.

Kejadian menyebabkan gangguan perkhidmatan
“Kami meminta maaf kepada pengguna atas gangguan perkhidmatan ini. Sebagai keselamatan Stesen LRT Sentul Timur dan PWTC akan terus ditutup sehingga maklumat lanjut,” kata kenyataan itu.

Pihak Rapid KL juga akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam melakukan siasatan ke atas kes berkenaan, selain meminta orang ramai untuk tidak menyebar gambar kejadian mahupun membuat sebarang spekulasi.

Post a Comment

0 Comments