Abdul Hadi cuba main naratif perkauman , dakwa penganalisis


PRESIDEN PAS
, Abdul Hadi Awang didakwa cuba meneruskan naratif perkauman apabila membangkitkan kadar peratusan keluar mengundi Melayu rendah berbanding kaum lain.

Seorang penganalisis politik dari Universiti Nottingham berkata dakwaan Abdul Hadi itu tidak tepat kerana fakta Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diperolehinya menunjukkan peratusan keluar mengundi orang Melayu paling tinggi berbanding kaum lain.

“Malah, peratusan keluar mengundi yang lebih rendah oleh masyarakat Cina dan etnik bukan Melayu lain menyangkal dakwaan Hadi,” katanya menurut laporan portal FMT.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa 98% orang bukan Islam keluar mengundi pada PRU15 berbanding 60% pengundi Islam.

Dia juga mendakwa orang bukan Islam “dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah” untuk mengundi “bagi mendapatkan kuasa” dengan menyokong DAP dan kumpulannya.

Tuduhan  itu dibuat dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan Abdul Hadi mengingatkan mereka kepada 'dosa tidak keluar mengundi' dalam pilihan raya.

"Dakwaan Hadi itu meneruskan naratif kononnya orang Melayu terancam dari segi politik, walhal tidak disokong data,' kata Dr Bridget Welsh.

Beliau sementara itu mengingatkan Abdul Hadi bahawa sekalipun peratusan keluar mengundi Melayu lebih tinggi, tidak semua menyokong Perikatan Nasional (PN). 

“Kira-kira 21% pengundi Melayu dianggarkan tidak keluar mengundi pada PRU lalu dan hanya 54% pengundi Melayu sahaja yang menyokong gabungan itu,” katanya.

Terdahulu kenyataan Ahli Parlimen Marang yang dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dilaksana tidak lama lagi itu dikritik banyak pihak,

Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan kenyataan tersebut sebagai memperlekehkan ibadah umat Islam.

"Beliau (Abdul Hadi) tidak sepatutnya meremehkan ibadah seorang muslim yang lain hanya demi memperoleh laba politik peribadi.

Apakah M'sia hanya untuk orang Melayu - Islam?
"Isu takfir, meremehkan ibadah muslim yang lain, memperkecilkan iman muslim yang lain hanya akan memecah belahkan umat Islam dengan lebih buruk.

"Ini pernah terjadi akibat daripada ucapan Tuan Guru Abdul Hadi sendiri yang mengkafirkan musuh politik dan kemudiannya menyebabkan sembahyang dua imam, tidak makan sembelihan sesama Islam, tidak sembahyang jenazah berlainan fahaman politik dan sebagainya," katanya dalam kenyataan

Post a Comment

0 Comments