PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan berita gembira kepada penjaja dan peniaga kecil dibawah Perbadanan Putrajaya.
Dalam ucapanya pada pelancaran Program Jualan Agro Rahmah Bazar Ramadan Presint 3, Anwar berkata kadar sewa lot bazar dibawah kendalian Perbadanan Putrajaya diturunkan dari RM1,000 kepada RM850.
Jelasnya, ia sebagai inisiatif kerajaan bagi mengurangkan bebanan kumpulan itu yang terpaksa menanggung kos tambahan RM150 berbanding kadar sewa yang ditetapkan pada tahun-tahun sebelum ini.
“Saya dapati Perbadanan Putrajaya telah menaikkan kadar sewa bagi bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3 kepada RM1,000 bagi setiap lot.
“Bagi membantu para penjaja dan peniaga kecil kos mengurangkan kos operasi, sukacitanya saya umumkan pengurangan kadar sewa ini kepada RM850 sebulan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, setakat ini pengurangan kadar sewa lot bazar hanya ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.
Namun begitu menurutnya, kerajaan mungkin akan meluaskan inisiatif itu sekiranya ia mendapat sambutan mengalakkan.
Dalam ucapanya pada pelancaran Program Jualan Agro Rahmah Bazar Ramadan Presint 3, Anwar berkata kadar sewa lot bazar dibawah kendalian Perbadanan Putrajaya diturunkan dari RM1,000 kepada RM850.
Jelasnya, ia sebagai inisiatif kerajaan bagi mengurangkan bebanan kumpulan itu yang terpaksa menanggung kos tambahan RM150 berbanding kadar sewa yang ditetapkan pada tahun-tahun sebelum ini.
“Saya dapati Perbadanan Putrajaya telah menaikkan kadar sewa bagi bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3 kepada RM1,000 bagi setiap lot.
![]() | |
Langkah untuk ringankan beban penjaja |

0 Comments