Media Mulia kecam tindakan palsukan muka depan Mingguan Malaysia


PENERBIT
akbar Mingguan Malaysia dibawah Kumpula Media Mulia menyelar tindakan pihak terdesak yang memalsukan dan memanipulasi tajuk muka depan Mingguan Malaysia terbitan 9 Julai 2023.
 
Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar dipetik laporan Utusan berkata, tajuk muka depan akbar itu yang sebenarnya memaparkan ‘Hutang Felda: Siapa bohong?’ telah diubah dan dimanipulasi kepada ‘Hutang Felda: Anwar bohong’.

Pembohongan oleh pihak terdesak itu tegasnya telah disebarkan secara meluas di media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp.

“Media Mulia Sdn. Bhd. sebagai penerbit Mingguan Malaysia kecewa dan marah bahawa nama baik akhbar ini diheret ke kancah politik murahan pihak tidak bertanggungjawab.

“Semua akhbar di bawah Media Mulia tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan neutral dalan pelaporan semua berita sebagai syarikat media yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Azlan turut memandang serius terhadap sebarang usaha memburukkan semua akhbar dan platform di bawah Media Mulia.

Beliau turut memberi amaran supaya perlakuan seperti itu dihentikan supaya tidak menjebak rakyat dengan fitnah.

Dianggap sebagai satu tindakan terdesak
“Ahli politik, parti dan penyokong harus meyakinkan pengundi dengan visi, harapan, fakta dan hujah dan bukan dengan kaedah murahan seperti mengubah tajuk akhbar.

“Kita sangat marah apabila Malaysia dilabel sebagai negara dunia ketiga, tetapi perlakuan seperti ini untuk memenangi pilihan raya menjadikan kita lebih rendah martabatnya daripada negara mundur,” katanya.

Post a Comment

0 Comments