Nurul harap Ras Adiba bukan sertai Bersatu kerana khidmat tak disambung


ANAK PEREMPUAN
timbalan perdana menteri, Nurulhidayah Ahmad Zahid melahirkan rasa terkejut dengan keputusan bekas senator, Ras Adiba Radzi menyertai parti Bersatu.

Melalui Instagramnya, Nurul berkata dia berharap keputusan Ras Adiba tiada kaitan dengan isu dia tidak disambung jawatan sebagai senator dan pengerusi Bernama.

"Saya agak terkejut kerana menerima berita penghijrahan sahabat yang saya anggap kakak bersama parti Bersatu.

"Saya berharap keputusan ini tidak ada kena mengena dengan isu beliau tidak disambung 'term' senator di Dewan Negara dan jawatan sebagai Pengerusi Bernama,” katanya seperti laporan Malaysiakini.

Nurulhidayah juga mendakwa dia ada menyampaikan hasrat Ras Adiba kepada bapanya, Ahmad Zahid Hamidi agar khidmatnya untuk dua jawatan itu disambung.

Bagaimanapun katanya, ‘keputusan besar’ itu tidak dapat ditentukan ayahnya.

"Secara terbuka saya nyatakan Kak Deeb (Ras Adiba) ada meminta bantuan saya untuk 'bisik' kepada YAB TPM tentang penyambungan 'term' beliau dalam dua jawatan tersebut.

Nurul dakwa Ras Adiba pernah 'bisik' minta sambung term
"Saya telah sampaikan kepada YAB TPM tentang hasrat beliau tetapi keputusan besar bukan keputusan YAB TPM sendiri dan sesiapa sahaja harus menghormati dan tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran sesiapa," ujarnya.

Terdahulu bekas senator dan penyampai berita rangkaian media, Media Prima itu dilapor menyertai Bersatu dan menerima watikah keahliannya.

Portal Berita Harian Online melaporkan watikah berkenaan disampaikan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin di Seremban.

 

Post a Comment

0 Comments