PEMIMPIN Pas dan penyokongnya digesa menerima hakikat bahawa telah berlaku sogokan dan rasuah dalam pilihan raya sehingga kemenangan Parlimen Kuala Terengganu dibatalkan.
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keputusan Mahkamah yang membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Pas di Terengganu baru-baru ini telah mencemarkan imej Parti Pas.
Bukan itu sahaja jelas Mohd Khairuddin, ia juga menunjukkan kemenangan Pas di Parlimen lain di Terengganu juga tak lari daripada unsur rasuah dan sogokan pilihan raya.
“Tetapi lebih mencemarkan lagi apabila rasuah pilihan raya yang berlaku terang-terangan di Parlimen Marang telah dijenamakan pula sebagai hadiah dan sedekah.
“Para ustaz Pas terpaksa berbelit lidah mempertahankan rasuah dengan pelbagai dalil,” katanya di Facebooknya pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa Pas Terengganu akan mengambil beberapa langkah dalam memastikan gerak kerja parti itu bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) kelak tidak bertentangan dengan sebarang undang-undang pilihan raya.
Untuk rekod, Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keputusan dibuat Hakim Mohd Firuz selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Sementara itu, Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas turut mengulas cadangan Kerajaan Kelantan untuk menyediakan bas kepada para mahasiswa untuk pulang mengundi.
![]() |
Khairuddin tegaskan rasuah adalah haram |
"Rasuah adalah haram. Usah mencari dalil untuk menghalalkannya,” tegasnya.
0 Comments