KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff menggesa semua pihak berhenti menggunakan sentimen agama dan perkauman sempit.
Dalam satu kenyataan, Muhammad Agus berkata, tindakan menimbulkan kegusaran dikalangan orang Malayu dengan dakwaan bangsa dan agama mereka terancam jika berterusan akan hanya menimbulkan ketegangan kaum
Lebih parah, ia dibimbangi akan menyebabkan peristiwa hitam negara berulang seterusnya menjadikan keadaan negara kucar-kacir.
“Negara kita telah melalui tragedi akibat ketegangan kaum ini seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985, dan Operasi Lalang 1986.
“Apakah kita mahu tragedi hitam politik negara tersebut berulang lagi? Tentunya tidakkan?
“Dalam sebuah negara majmuk, sarjana bersetuju etnik majoriti harus menguasai kuasa politiknya. Namun, ini tidak bermakna etnik majoriti boleh menafikan hak etnik minoriti.
“Ini telah lama di persetujui dan sudah termaktub jelas dalam perlembagaan kita. Sayangnya, realiti politik kita tidak begitu,”katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mohammad Agus berkata begitu sebagai mengulas artikel dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bertajuk Empangan Murtad Bakal Pecah.
Kata Mohammad Agus, artikel berkenaan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.
“Apa kandungan utamanya? Artikel ini menyatakan kedudukan Islam terancam kerana sejak kebelakangan ini, beberapa kes yang melibatkan kepentingan Islam telah difailkan di Mahkamah yang bakal menyaksikan beberapa enakmen pentadbiran Islam di negeri-negeri bakal dicabar untuk dibatalkan.
“Sekiranya tuntutan ini berjaya, ia bakal menyaksikan semua Mualaf yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen-enakmen yang dicabar tersebut, akan dimurtadkan secara besar-besaran.
“Artikel ini tidak bertanggungjawab dan mengelirukan. Statistiknya tidak dinyatakan. Berapa kes mahkamah? Apakah yang kerajaan atau bukan Melayu telah buat sehingga Islam dikatakan terancam?' soalnya.
Bekas Ahli Akademik itu turut menyifatkan penerbitan artikel itu bertujuan untuk membangkitkan emosi perkauman supaya orang Melayu menolak kerajaan sekarang yang didakwa tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam.
“Oleh itu, saya merayu anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu melihat kita maju untuk menolak sentimen kaum dan agama ini, apa tah lagi sentimen tanpa fakta dan data. Bagi saya, ini pandangan mereka yang mindanya tertawan.
“Akhirnya, marilah kita berganding bahu membangunkan Malaysia Madani yang bertoleransi, berkeadilan dan bersatu padu. Marilah kita sama-sama menjadi agen membawa kasih sayang dalam kehidupan bernegara.
“In Shaa Allah, dengan cara ini, kita boleh hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati. Negara kita pula boleh melangkah maju dan gagah untuk kembali perkasa di pentas dunia. Bukankah ini yang kita mahu?,”soal beliau.

![]() | |
Agus gesa semua pihak agar bersatu padu |

0 Comments