Buang sifat selesa, mesti ada tekad jayakan perubahan, kata PM


JEMAAH
menteri dan penjawat awam diingatkan agar tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya perlu memperkuat tekad melaksana perubahan untuk masa depan bangsa dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam apa-apa juga sistem, keinginan dan hasrat membawa perubahan perlu ada bagi memastikan sasaran ditetapkan dapat dicapai.

“Sudah mantap sistem yang bergerak puluhan tahun...bila kita letak tokoh baharu…harus ada hasrat bawa perubahan…tidak harus kita benar ada budaya selesa iaitu culture of contentment yang menggigit kita.

“Paling penting bertekad yang negara ini harus stabil daripada politiknya, jelas hala tujunya dan kuat keinginan dan hasrat bawa perubahan untuk angkat semula martabat bangsa dan negara,” katanya.

Ingatan itu dilontar Perdana Menteri ketika memberi ucapan dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2023 di di Putrajaya hari ini.

PM juga mahu ketelusan ditingkatkan
Sementara itu jelas Anwar walaupun setiap pentadbiran ada kekuatan tersendiri, tetapi pemimpin harus harus ada kesediaan rendah diri untuk mengakui kelemahan dan cuba memperbaiknya.

Beliau turut memaklumkan beberapa langkah telah diumumkan untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam menyelesaikan masalah namun mahu segala tindakan dilaksanakan dengan telus. 

Post a Comment

0 Comments