PM arah laporkan salah laku termasuk babitkan pemimpin


PEGAWAI dan kakitangan awam diminta tidak takut untuk melaporkan segala perbuatan salah laku pihak atasan termasuk Perdana Menteri yang didapati melanggar undang-undang.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak boleh menuju sebagai sebuah negara berjaya jika terdapat kebocoran dan ketirisan dalam mengendalikan kontrak kerajaan.

"Saya tekankan penguatkuasaan. Apa yang saya pelajari terutama di Kementerian Kewangan, melihat banyak fail banyak keterlanjuran," tegasnya.

Beliau malah memberitahu perbuatan salah laku itu tidak boleh disalahkan kepada penjawat awam kerana ada minit mesyuarat membuktikan arahan datang terus daripada menteri.

Jangan salahkan pegawai yang terima arahan
"Sebab tu arahan pertama saya dan minta menteri-menteri beri kerjasama adalah semua Setiausaha Sulit Kanan (SUK) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSUK) di Pejabat Perdana Menteri harus dari kalangan pegawai tadbir diplomatik (PTD).

“Ini adalah supaya penyelarasan yang dilakukan itu baik kerana jika dari bahagian yang lain dia akan kurang paham,” kata Anwar sesi Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari di Dataran Putra, hari ini.
 

Post a Comment

0 Comments