JENTERA Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN) di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN) diingatkan agar tidak termakan sentimen dimainkan musuh politik di media sosial menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim berkata, jentera perlu kekal dengan pendekatan politik baik seperti dilakukan di Negeri Selangor dan Pulau Pinang serta mengelakkan budaya politik fitnah.
"Ambil pendekatan di Negeri Selangor dan Pulau Pinang, kita tidak pernah main isu remeh temeh, Menteri Besar Selangor sama dengan Negeri Sembilan, apabila berucap bercakap dasar negeri, program kebajikan negeri.
"Kerana itu yang paling penting sekali, jangan kita terperangkap dengan pemainan pendekatan lawan kita, Insya-Allah kita akan berjaya," katanya lagi.
Adam yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pilihan Raya Negeri KEADILAN Negeri Sembilan di Seremban pada malam Ahad.
Konvensyen itu dihadiri kira-kira 600 anggota parti dan telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.
Turut hadir ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Sementara itu tambah Adam Adli, meskipun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan terdapat kebangkitan gelombang hijau dan gabungan politik yang lain, namun beliau yakin rakyat di negeri ditadbir HARAPAN akan terus memberi untuk mereka kepada gabungan itu.
Ini jelasnya berdasarkan kejayaan dan program-program merakyat yang dibawakan HARAPAN sejak mengusai negeri-negeri tersebut disenangi rakyat.
"Negeri Selangor dan Pulau Pinang kita perintah 15 tahun, walaupun kemerosotan (undi) di beberapa kawasan pilihan raya, namun kita masih lagi kekal sebagai sebuah kerajaan.Adam yakin k'jaan dapat dipertahankan
"Panggil lah pilihan raya negeri esok, kita masih kekal kerajaan di Selangor kerana sudah kukuh," katanya.
0 Comments