ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) membidas Ketua Penerangan PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin yang didakwa cuba memesongkan maksud sebenar kenyataan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu forum di Indonesia baru-baru ini.
Timbalan Ketua AMK, Kamil Munim berkata. walaupun syarahan umum Anwar pada forum Kepimpinan CTCORP itu mendapat pujian ramai terutamanya dalam kalangan pemimpin Indonesia, Khairil Nizam ternyata gagal mencerapi inti pati ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
"Ucapan Perdana Menteri di Jakarta baru-baru ini adalah ayat contoh menggambarkan keadaan semasa tentang penguasaan ilmu pelbagai dan bahaya pemusatan kepakaran, tiada langsung kena mengena dengan serangan ke atas pengguna media sosial.
“Hakikatnya, tidak ada pihak yang terguris melainkan mereka yang benar-benar terkesan dengan mesej yang disampaikan.
“Khairil Nizam kelihatannya dengan sengaja menggagalkan diri untuk memahami syarahan tersebut.
“Beliau memilih untuk bertindak bermain politik dengan emosi dan sentimen tanpa fakta, tindakan yang saling tidak tumpah seperti yang sering dipamerkan oleh presiden partinya,” kata Kamil Munim melalui kenyataan tujuh perenggan pada Ahad.
Khairil Nizam pada 13 Januari lalu mendakwa ucapan Anwar yang menyentuh mengenai minat membaca di kalangan anak muda sebagai merendah-rendahkan daya intelektual rakyat Malaysia.
Dia turut mendakwa ucapan itu menyerang pengguna laman sosial terutama tik tok yang dakwanya secara majoritinya membuat keputusan menolak kepimpinan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Kenyataan itu menimbulkan persoalan, adakah Ketua Penerangan PAS hanya berminat untuk mengulas isu-isu berkaitan tabiat pengguna media sosial kegemaran sesetengah mereka yang dirasakan memihak kepada naratif mereka.
"Perdana Menteri sendiri menebut tabiat dan kecenderungan anak muda terhadap penggunaaan media sosial ada sisi positifnya dan menolak untuk mengambil sikap menyerang kerana ianya tidak lebih dari soal budaya anak muda mengikut peredaran zaman.
"Maka apa yang digambarkan Ketua Pemuda PAS itu hanya bersifat memesongkan kenyataan sebenar Perdana Menteri," tegasnya.
Dalam kenyataan serupa beliau menggesa Khairil Nizam agar belajar adab dan kualiti dalam mengeluarkan kenyataan sesuai kedudukannya dalam parti.
Beliau turut meminta Khairil Nizam meninggalkan budaya fitnah dan pemesongan fakta supaya tidak membebankan fikiran rakyat yang terpaksa membuang masa melayan karenah politik tidak berkesudahan di negara ini.
“Sebagai pemimpin muda dalam PAS, Khairil Nizam seharusnya menggunakan ruang yang ada untuk membawa pendekatan politik yang lebih segar dan matang.
"Namun jelas, kebencian PAS dan PN terhadap sosok perdana menteri telah mengatasi keperluan politik dan ekonomi semasa yang menuntut semua pihak untuk mencari jalan keluar kepada kemelut politik yang melanda negara," katanya.

Khairil digesa guna pendekatan politik matang |

0 Comments