Menteri arah DBKL indahkan Kuala Lumpur, selesai masalah banjir kilat

MULAI awal tahun hadapan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan Ahli Parlimen di wilayah itu.

Langkah itu bukan sahaja bagi membolehkan pengurusan tertinggi DBKL mengadakan perbincangan terus dengan wakil rakyat, tetapi sebagai platform untuk mendengar permasalahan yang berlaku di ibu kota.

"Wakil rakyat adalah jambatan penghubung antara agensi kerajaan dan rakyat marhaen.

"Amatlah penting Datuk Bandar dan pihak pengurusan tertinggi DBKL mendengar dan berbincang dengan wakil rakyat untuk mencari jalan mengatasi masalah yang timbul demi kesejahteraan warga Kuala Lumpur," katanya Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam kenyataan.

Pada Rabu Nga menerima kunjungan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah di pejabatnya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Nga membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian Mahadi.

Beliau mengarahkan DBKL supaya meningkatkan pencahayaan di kawasan tumpuan pelancongan, di samping meraikan kepelbagaian budaya.
 
"DBKL digalakkan mengadakan kerjasama bersama pihak swasta supaya tempat strategik ini setaraf dengan jalan ikon bandar raya di dunia seperti Oxford Street di London, Orchard Road di Singapore dan Ginza Street di Tokyo.

"Pemasangan lampu hiasan LED yang menjadi tumpuan pelancong wajar diadakan pada setiap musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Hari Krismas supaya ia benar-benar sepadan dengan slogan pelancongan negara 'Malaysia, truly Asia'," katanya.

Bagai keselesaan warga Kuala Lumpur, beliau turut meminta pihak DBKL merancang usaha untuk memperkasakan PBT itu dan melaksanakan kerja pembersihan serta penyediaan trek, termasuk untuk joging dan laluan basikal.

Imej ibu negara mesti diperkukuh
Beliau turut membangkitkan masalah banjir kilat di 25 hotspot (titik panas) banjir dan mahu DBKL mencari penyelesaian tuntas bagi mengatasi masalah yang bukan sahaja merunsingkan rakyat, malah menjejaskan imej ibu kota itu.

"Antara penyelesaiannya adalah dengan memberi perhatian khusus kepada projek tebatan banjir dan kerja penyelenggaraan sistem perparitan," katanya dalam kenyataan itu.

Post a Comment

0 Comments