ENAM tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung Perjanjian
Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan
dibawa ke mesyuarat Kabinet.
Jaminan itu diberikan Menteri
Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu selepas menerima satu
memorandum disampaikan Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan
Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad kepadanya hari ini.
Nurfitri
hadir ke Wisma Tani di Putrajaya bagi mewakili 54 organisasi yang
membantah perjanjian CPTPP yang dimeterai pihak kerajaan Perikatan
Nasional (PN) terdahulu.
Ujarnya, perjanjian itu terlalu kompleks
dan seumpama jerangkap kepada ekonomi Malaysia, Ia dibimbangi bakal
menyukarkan Kerajaan Perpaduan merangka polis mesra rakyat.
"Tujuan
memorandum ini supaya kementerian menjalakan peniliaan dan kajian
terperinci kerana sejak perdebatan mengenai CPTPP ini, tiada satu pun
pendirian oleh kementerian berkenaan kesan perjanjian kepada hak petani
dan industri secara keseluruhan," katanya.
Turut hadir bertemu
Mohamad Sabu adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi
Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman.
Pada 5 Oktober lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP.
MITI
dalam satu kenyataan kemudian berkata, selaras dengan keputusan itu,
kerajaan menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP,
New Zealand pada 30 September lalu.
Sementara itu menurut
Nurfitri analisis kos dan faedah yang dikeluarkan MITI tidak langsung
mengkaji kesan CPTPP terhadap petani, penternak, nelayan, usahawan
sektor pertanian serta pengguna, malah tiada penilaian kesan kepada
keterjaminan makanan negara.
"Antara tuntutan kami adalah
negara-negara yang meratifikasi CPTPP wajib menyertai Konvensyen
Kesatuan Antarabangsa Bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV)
1991.
"Konvensyen ini bertujuan memberikan perlindungan dan hak
monopoli yang meluas kepada pembiak baka tumbuhan bagi tujuan kononnya
menggalakkan pelaburan dan inovasi.
"Sistem UPOV berat sebelah
dan menafikan kepentingan dan sumbangan petani. UPOV menghalang petani
melakukan inovasi dan menafikan hak tradisi petani untuk bebas berkongsi
dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri,"
katanya.
Beliau turut bimbang kesan perjanjian itu kepada nelayan.
Dibawah
perjanjian itu tegasnya, subsidi untuk nelayan jelasnya boleh disekat
jika seseorang nelayan menangkap spesis ikan yang dikategorikan sebagai
spesis yang berkurangan kerana terlalu banyak ditangkap.
"
Peraturan ini tidak adil kerana ia meletakkan kesalahan kekurangan
spesis ikan kepada nelayan kecil sedangkan punca utama kepupusan ikan
adalah daripada pencemaran dan penggunaan pukat yang diharamkan oleh
bot-bot tunda yang besar.
NGO mahu perjanjian zaman PN dikaji semula |
"CPTPP memberikan 10 tahun keistimewaan perlindungan pemasaran eksklusif terhadap agrokimia yang akan menyebabkan harga racun pertanian meningkat tiga kali ganda.
"Adalah lebih baik supaya petani beralih kepada kaedah pertanian alami, perubahan mendadak dalam harga racun kimia boleh menyebabkan petani gulung tikar dengan lebih awal," katanya
0 Comments